Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor 2005

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

13

Tajuk

Perwakilan Kuasa Perbadanan
13 [1]

Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang
difikirkan patut, Perbadanan boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Pengarah Taman Negeri Selangor atau mana-mana orang lain kuasa untuk menjalankan atau melaksanakan bagi pihaknya apa-apa kuasa,kewajipan atau fungsi yang diletakhakkan atau ditanggungkan oleh Enakmen ini pada atau ke atas Perbadanan yang ditentukan oleh Perbadanan kecuali kuasa untuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan dan apa-apa kuasa,
tugas atau fungsi yang diwakilkan sedemikian bolehlah dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi atau Pengarah Taman Negeri Selangor atau orang lain, mengikut mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Perbadanan.

13 [2]

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan peruntukan-peruntukan lain Enakmen ini, Perbadanan boleh mewakilkan kepada Pengerusi atau mana-mana ahlinya yang lain atau mana-mana orang lain kuasa untuk membenarkan perbelanjaan dari Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor atau mana-mana wang lain yang terletakhak pada dan di bawah kawalan Perbadanan hingga had yang dinyatakan oleh Perbadanan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.