Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
131) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah insentif oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan longkang serta saliran di kawasan luar bandar? Ini penting untuk memastikan agar kawasan luar bandar Negeri Selangor dapat dijaga dengan lebih berkesan.
132) CABARAN PEKERJAAN PARA GRADUAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan kebolehpasaran para graduan lepasan UNISEL (Universiti Selangor)? Ini penting kerana para graduan menghadapi begitu banyak cabaran untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran kerja.
133) SKIM AIR SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana mekanisma Skim Air Selangor untuk ibubapa yang tinggal sekali dengan anak yang bergolongan B40?
134) MEMPROMOSI KAWASAN PELANCONGAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menaikkan imej dan mempromosi kawasan-kawasan pelancongan yang terdapat di dalam Negeri Selangor?
-
Adakah apa-apa produk atau kawasan terbaru yang berpotensi untuk diketengahkan?
-
Apakah Kerajaan berhasrat untuk membina muzium bagi setiap daerah di Selangor untuk menyimpan segala khazanah yang terdapat di daerah tersebut?
135) ISU MEMORANDUM OF TRANSFER (MOT) PUTRA PERDANA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Hampir 20 tahun isu MOT Putra Perdana tiada jalan penyelesaian. Apakah langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi membantu penduduk Putra Perdana supaya isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera?
136) PEMBINAAN JEJANTAS DI HADAPAN UITM DENGKIL
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pembinaan jejantas untuk pejalan kaki di hadapan UiTM Dengkil?
137) PROGRAM PENGURANGAN PELEPASAN GAS KARBON DIOKSIDA (ZERO NET CARBON EMISSIONS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah polisi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri bagi Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida (Zero Net Carbon Emissions)?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri supaya dapat melibatkan syarikat-syarikat di Negeri Selangor mengikuti Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida (Zero Net Carbon Emissions)?
138) JAMBATAN TERBENGKALAI YANG MENGHUBUNGKAN KOTA WARISAN DAN KLIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status jambatan sambungan yang menghubungkan Kota Warisan Daerah Sepang ke KLIA?
-
Bilakah projek jambatan tersebut akan dimulakan semula?
139) PRESTASI KETUA KAMPUNG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Berharap supaya penglibatan ADUN sebagai penilai akhir berkaitan prestasi Ketua Kampung dapat diambil kira selain daripada Penghulu.
-
Memastikan penglibatan Ketua Kampung dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak DUN juga diambil kira sebagai nilai tambah kepada prestasi mereka.
140) PROJEK NAIKTARAF JAMBATAN BATANG KALI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana projek sudah disiapkan serta apakah sebab yang menyebabkan projek itu menjadi lewat untuk disiapkan?
-
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil supaya projek kemudahan rakyat ini dapat disiapkan mengikut jadual meskipun projek ini telah pun lewat daripada tarikh yang dijanjikan siap?
-
Apakah Kerajaan terpaksa melantik kontraktor baharu supaya projek ini dapat disegerakan?