Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II - Pembuktian

Bab

1 - Fakta yang Tidak Perlu Dibuktikan

Seksyen

44

Tajuk

Fakta yang mengenainya Mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman
44 [1]

Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai fakta yang berikut:

(a) semua undang-undang yang kini mempunyai kuat kuasa undang-undang atau yang sebelum ini berkuat kuasa atau yang kemudian daripada ini akan berkuat kuasa di Malaysia;

(b) tatakawalan angkatan tentera bagi angkatan tentera atau mana-mana angkatan pelawat yang berada di Malaysia secara sah;

(c) perjalanan prosiding di dalam Parlimen dan di dalam badan perundangan mana-mana Negeri di Malaysia;

(d) perihal naik takhta Yang di-Pertuan Agong dan naik takhta Sultan mana-mana Negeri di Malaysia dan perlantikan Yang di-Pertua Negeri;

(e) meterai semua Mahkamah di Malaysia, semua meterai yang mana-mana orang diberikuasa untuk menggunakannya oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia dan meterai notari awam;

(f) perihal jawatan mula dipegang, nama, gelaran, fungsi dan tandatangan orang yang sedang menyandang mana-mana jawatan awam di Malaysia, jika hakikat pelantikannya kepada jawatan itu diberi tahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;

(g) perjalanan biasa alam, pembahagian waktu semula jadi dan rekaan, pembahagian dunia mengikut geografi, pengertian perkataan Melayu, Inggeris dan Arab, hari-hari perayaan awam, puasa dan kelepasan awam yang diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;

(h) nama anggota dan pegawai Mahkamah serta timbalan dan pegawai bawahan dan pembantu mereka, dan juga nama semua pegawai yang bertindak melaksanakan proses Mahkamah; dan nama semua Peguam Syarie dan orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak di hadapannya;

(i) kaedah jalan di darat; peraturan-peraturan laut dan kaedah-kaedah udara;

(j) segala perkara lain yang di arahkan oleh mana-mana undang-undang bertulis supaya mengiktiraf.

44 [2]

Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara mengenai sejarah awam, sastera, sains atau seni, Mahkamah boleh menggunakan buku atau dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.

44 [3]

Jika Mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai apa-apa fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan jika dan sehingga orang itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkannya berbuat demikian.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.