Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

3 - Pemeriksaan Saksi

Seksyen

108

Tajuk

Mencabar kebolehpercayaan saksi
108

Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara yang berikut oleh pihak menentang atau, dengan izin Mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya:

(a) dengan keterangan yang diberikan oleh orang yang menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka tentang saksi itu mereka mempercayai bahawa saksi itu tidak boleh dipercayai;

(b) dengan membuktikan bahawa saksi itu telah disogok, atau telah menerima tawaran sogokan, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah yang lain untuk memberikan keterangannya;

(c) dengan membuktikan pernyataan dahulu yang tak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh disangkal.

Huraian—Seseorang saksi yang mengatakan bahawa seorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, dalam masa pemeriksaan utamanya, memberikan sebab dia mempercayai sedemikian, tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan yang diberikannya itu tidak boleh disangkal, walaupun, jika jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.