Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

II - Pembuktian

Bab

3 - Keterangan Dokumentar

Seksyen

49

Tajuk

Keterangan primer
49

Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan Mahkamah.

Huraian 1—Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam beberapa bahagian, maka setiap bahagian itu ialah keterangan primer bagi dokumen itu.

Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam kaunterpart dan setiap kaunterpart itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, maka setiap kaunterpart itu ialah keterangan primer terhadap pihak yang menyempurnakannya.

Huraian 2—Jika sebilangan dokumen kesemuanya dibuat melalui satu proses yang seragam, seperti dalam hal percetakan, litografi atau fotografi, maka setiap dokumen itu ialah keterangan primer mengenai kandungan yang lainnya itu; tetapi jika dokumen itu adalah semuanya salinan daripada dokumen asal yang sama, maka dokumen itu bukanlah keterangan primer
bagi kandungan naskah asal itu.

Huraian 3—Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer ialah keterangan primer.

MISALAN

Seseorang dibuktikan telah memiliki beberapa plakad, kesemuanya dicetak sekali gus daripada satu dokumen asal. Mana-mana satu daripada plakad itu ialah keterangan primer mengenai kandungan mana-mana plakad yang lain itu, tetapi tiada satu pun daripadanya menjadi keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.