Enakmen Keterangan Makhamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Bahagian

III - Pengemukaan dan Kesan Keterangan

Bab

3 - Pemeriksaan Saksi

Seksyen

106

Tajuk

Penyingkiran keterangan untuk menyangkal jawapan kepada soalan yang menguji kebenaran
106

Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab apa-apa soalan yang releven kepada siasatan itu hanya setakat yang ia cenderung melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberikan bagi menyangkalnya; tetapi jika dia memberikan jawapan palsu, maka dia boleh kemudiannya dipertuduhkan kerana memberikan keterangan palsu:

Kecualian 1—Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, maka keterangan boleh diberikan mengenai sabitannya yang dahulu itu.

Kecualian 2—Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang boleh mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta-fakta yang disarankan itu, maka dia boleh disangkal.

MISALAN

(a) Seorang saksi ditanya sama ada dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan. Dia menafikannya.

Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan.

Keterangan itu tidak boleh diterima.

(b) A menegaskan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah melihat B di Melaka. A ditanya sama ada dia sendiri berada di Pulau Pinang pada hari itu. Dia menafikannya.

Keterangan diberikan bagi menunjukkan bahawa A berada di Pulau Pinang pada hari itu.

Keterangan itu boleh diterima, bukan untuk menyangkal A atas suatu fakta yang menyentuh kebolehpercayaannya tetapi untuk menyangkal fakta yang dikatakan bahawa B telah dilihat di Melaka pada hari yang berkenaan itu.

(c) A ditanya sama ada dia pernah berkata bahawa dia akan membalas dendam terhadap B yang terhadapnya dia memberikan keterangan. Dia menafikannya.

Dia boleh disangkal atas alasan bahawa soalan itu cenderung mencabar kesaksamaannya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.