Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

124) PEMBELIAN HUTANG TALAM CORPORATION

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Apakah keuntungan yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri setelah membeli hutang syarikat tersebut ?

    Klik jawapan »

  2. Adakah dengan membeli hutang Talam Copration Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap projek-projek yang dibangunkan oleh syarikat tersebut ?

    Klik jawapan »

  3. Sehubungan dengan itu, apakah peranan Kerajaan Negeri melakukan tanggungjawab penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, lampu jalan dan sebagainya di Bandar Sentosa dan Bandar Bukit Beruntung ?

    Klik jawapan »

125) AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menerbitkan akhbar harian Kerajaan Negeri Selangor? Jika tidak, mengapa?

  2. Bilakah rancangan ini boleh dilaksanakan?

  3. Berapakah kos yang terlibat dan siapakah yang akan menerajui rancangan ini?

126) PROJEK PERTANIAN DI BAWAH PKPS

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut


  1. Apakah projek pembangunan pertanian yang dijalankan oleh PKPS buat masa kini?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh manakah tanah milik PKPS yang terlibat dengan pengeluaran pasir dan minta disenaraikan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh PKPS dari hasil jualan pasir tersebut?

    Klik jawapan »

127) JUMLAH SETINGGAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan jumlah setinggan bagi setiap pihak berkuasa tempatan yang telah dipindahkan sepanjang 2 tahun yang lepas

    Klik jawapan »

128) KABEL KUASA TINGGI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Apakah polisi kerajaan negeri bagi memastikan bahawa pembinaan kabel kuasa tinggi adalah tidak melalui kawasan perumahan, sekolah dan tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi bagi memastikan keselamatan penduduk adalah terjamin?

    Klik jawapan »

  2. Badan manakah (di peringkat kerajaan negeri) yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu projek naik taraf kabel kuasa tinggi bagi menjamin keselamatan penduduk setempat?

    Klik jawapan »

129) PUSAT SENI DAN BUDAYA SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Di manakah lokasi-lokasi yang akan dijadikan Pusat Seni dan Budaya?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kos perbelanjaan yang diperlukan untuk Pusat Seni dan Budaya?

    Klik jawapan »

130) MELAWAT NEGERI SELANGOR Ð SELANGOR SHINES

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah alasan kerajaan negeri menggunakan tema dalam Bahasa Inggeris (Selangor Shines) dan bukan dalam Bahasa Kebangsaan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukkan yang telah digunakan sehingga Jun 2010 untuk menjayakan kempen ÔMelawat Negeri SelangorÕ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah program-program yang telah dijalankan sehingga Jun 2010 untuk menjayakan kempen ÔMelawat Negeri SelangorÕ?

    Klik jawapan »

131) PENUKARAN NAMA JALAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri ada bercadang menukar nama Jalan Barat kepada Jalan Dr. V David di Bandar Raya Petaling Jaya. Mengapakah hasrat ini tertangguh dan adakah kerajaan negeri masih berhasrat untuk meneruskan pertukaran nama jalan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Apakah prosedur yang perlu dilalui untuk sebarang proses penukaran nama jalanraya di kawasan PBT?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan negeri mempunyai dasar-dasar tertentu untuk menukar nama jalanraya di Selangor

    Klik jawapan »

132) KADAR SEWA PETAK PASAR PAGI DAN PASAR MALAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut


  1. Adakah kadar sewa bagi petak pasar pagi dan pasar malam dinaikkan oleh PBT ?

    Klik jawapan »

  2. Jika ia, kenapa ?

    Klik jawapan »

  3. Jika tidak, kenapa para penjaja dan peniaga pasar pagi dan pasar malam sering membuat sungutan terhadap perkara ini ?

    Klik jawapan »

133) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut


  1. Apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh pemaju bagi Projek Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu sehingga pembeli merana menunggu sekian lama?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini dan bilakah dijangka perumahan ini dapat disiapkan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri menyediakan dana untuk membantu pembeli-pembeli membayar sewa rumah disebabkan projek perumahan yang mereka beli terbengkalai dan pada waktu yang sama pembeli-pembeli sudah mula membuat pembayaran di bank-bank?

    Klik jawapan »