15) PENGURUSAN PANGSAPURI (JMB & MC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang boleh diambil Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengurusan JMB yang enggan bekerjasama dengan ADUN atau Ahli Parlimen yang mengabaikan masalah penghuni?
15) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan 3 pusat kebudayaan di Negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan kewangan disediakan untuk tujuan ini?
-
Agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawap untuk membina dan mentadbir pusat-pusat ini?
15) NEGERI BERKEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan menjaga infrastruktur awam serta penyelenggaraan infra yang telah sedia?
-
Apakah langkah seterusnya dalam membantu rakyat golongan berpendapatan sederhana menghadapi situasi dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini?
15) PERUNTUKAN MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Mengapa peruntukan/elaun imam masjid-masjid institusi di bawah pengurusan negeri dihentikan?
15) PELABURAN DAN PERNIAGAAN DI SELANGOR : MENGIKUT KAJIAN (SURVEY) EKONOMI YANG TERKINI, SELANGOR TELAH JATUH KE TANGGA KELIMA (5) DARI SEGI MENARIK MINAT PELABUR-PALABUR DAN PEMAJU-PEMAJU PERUMAHAN ASING DAN TEMPATAN DI MALAYSIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan atau langkah telah diatur oleh Selangor untuk pastikan negeri Selangor ketangga no.1 dalam segi pelaburan?
-
Adakah Selangor akan mengkaji semula polisi-polisi dan syarat-syarat pelaburan dan perniagaan yang ada sekarang untuk menarik semula minat pelabur dan pemaju perumahan asing/tempatan?
15) PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menjalankan program SPIES kepada semua tahap sasaran untuk semua peringkat dan lapisan sasaran tahun 2008 hingga 2010?
-
Berapakah jumlah konsultan yang dilantik telah terlibat?
15) KESESAKAN LALULINTAS DI PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT SAUJANA IMPIAN, KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Pertambahan pembukaan taman-taman peru mahan dan juga taman-taman perindustrian baru dari kawasan Mukim Kajang, Mukim Hulu Semenyih, Mukim Semenyih dan Mukim Beranang telah menyebabkan kesesakan lalulintas terutama pada waktu puncak (hujung minggu dan bulan-bulan perayaan) di persimpangan lampu isyarat di persimpangan Saujana Impian, Kajang. Apakah perancangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Persimpangan Lalulintas Saujana Impian tersebut.
15) PERLANTIKAN AHLI MAJLIS – PRESTASI KERJA AHLI MAJLIS YANG TIDAK MEMUASKAN MASIH TETAP DILANTIK SEMULA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah peraturan yang ditetapkan atau garis panduan yang mesti dipatuhi untuk pelantikan semula ahli majlis?
-
Adakah jawatankuasa tertentu yang memantau pelantikan ahli majlis?
15) PROGRAM BLUE PRINT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah penerima bantuan peralatan di bawah program blue print di daerah Klang dan Petaling dan jelaskan aduan kenapa peralatan ini lambat di hantar walaupun telah diluluskan
15) PENYELESAIAN HUTANG-HUTANG SYARIKAT KUMPULAN TALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan faedah atau aset yang diperolehi daripada penyelesaian hutang - hutang Syarikat Kumpulan Talam?
