14) BANGUNAN WARISAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bangunan-bangunan yang telah digazetkan sebagai bangunan warisan di Selangor mengikut PBT daripada tahun 2008-2010
-
Apakah badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan permohonan penggazetan bangunan warisan dan syarat-syarat permohonan untuk sesebuah bangunan dikategorikan sebagai bangunan warisan?
-
Apakah insentif yang ditawarkan kepada pemilik bangunan warisan dan langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan bangunan warisan sentiasa dipelihara?
14) KAWALAN HAKISAN DI PANTAI JENGKOK, SUNGAI PELEK, SEPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengawal hakisan yang berlaku di Pantai Jengkok, Sungai Pelek yang mengakibatkan kerosakan harta benda kepada masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut?
15) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan sungai-sungai utama yang terdapat di Negeri Selangor yang telah menghadapi masalah pencemaran.
-
Sila nyatakan tahap pencemaran yang dialami oleh sungai-sungai utama yang terdapat di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah jangka pendek dan pandangan untuk mengatasi pencemaran tersebut ?
15) PRESTASI INDUSTRI PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi dan sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negeri?
-
Apakah perancangan dan projek pertanian yang boleh melonjak sektor ini dari segi pendapatan kepada petani?
15) PENGGUNAAN PERUNTUKAN RIZAB NEGERI (WANITA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Bagaimana peruntukan ini telah/akan digunakan? Sila nyatakan pecahan perbelanjaan.
15) PENGURUSAN PANGSAPURI (JMB & MC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang boleh diambil Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengurusan JMB yang enggan bekerjasama dengan ADUN atau Ahli Parlimen yang mengabaikan masalah penghuni?
15) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri untuk memulihkan pembangunan di kawasan Bukit Beruntung, Hulu Selangor yang tergendala akibat banyak projek-projek terbengkalai?
15) PERUNTUKAN MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Mengapa peruntukan/elaun imam masjid-masjid institusi di bawah pengurusan negeri dihentikan?
15) HAL EHWAL ISLAM, MASJID DAN SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kerajaan memantau masalah jenayah terhadap kanak-kanak di Selangor?
-
Adakah JAIS mengemaskinikan undang-undang dan polisi syariah di sudut pemakaian terutama untuk wanita Islam?
-
Adakah peruntukan dan pembangunan surau dan masjid diselaraskan mengikut DUN?
15) USAHA MENYOKONG SUKAN PERMOTORAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu dan menyokong penggiat sukan permotoran selain drpada menyediakan litar lumba?
-
Apakah penghargaan yang diberi kepada pengiat ini memandangkan kebanyakan pelumba-pelumba ini dari Negeri Selangor dan sering menjadi juara peringkat Antarabangsa?
