14) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Peruntukan kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan telah diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor. Adakah peruntukan ini digunakan dengan betul?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?
-
Nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru tahun 2008 hingga 2010.
14) HAIWAN TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Sila terangkan dasar dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan berkenaan dengan pengurusan haiwan-haiwan terbiar di peringkat PBT dan apakah sebabnya sekiranya dasar dan pekeliling yang seragam tidak dapat disediakan sehingga sekarang?
14) PEMBATALAN LEBUHRAYA KIDEX
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan negeri meyakinkan rakyat untuk menyelesaikan kesesakan trafik di Lembah Klang selepas pembatalan KIDEX?
-
Adakah kerajaan negeri menerima memorandum untuk meneruskan pembinaan KIDEX?
-
Apakah isi kandungan memorandum tersebut dan penyelesaiannya?
14) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan perkembangan IKS di Negeri Selangor terutamanya selepas perlaksanaan cukai GST
-
Sila nyatakan peranan dan sumbangan utama IKS kepada pembangunan ekonomi Negeri Selangor
-
Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pengusaha IKS?
14) PENEMPATAN PEKERJA ASING DI DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah dipastikan setiap kilang menyediakan asrama khas bagi pekerja asing?
-
Berapakah kilang yang telah mempunyai asrama dan kapasiti penghuni yang tidak bercampur penduduk tempatan?
-
Adakah disedari kesan masalah sosial kepada masalah tempatan.
14) PROGRAM PEMBANGUNAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah program Pembangunan Desa yang akan dimulakan pada tahun ini?
-
Huraikan pelan pembangunan yang bagaimanakah yang ingin dilaksanakan?
-
Kampung kategori manakah yang akan diberi keutamaan untuk memulakan program ini?
14) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah terkini IKS di Daerah Kuala Selangor?
-
Apakah infrastruktur asas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu pengusaha IKS di Daerah Kuala Selangor?
-
Berapakah anggaran peluang pekerjaan disediakan dalam IKS di Daerah Kuala Selangor?
14) TANAH REZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah keluasan tanah rizab Melayu di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan setakat ini apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya untuk membangunkan tanah rizab Melayu yang strategik demi meningkat tahap ekonomi orang Melayu ?
-
Sila senaraikan projek pembangunan yang melibatkan tanah rizab Melayu oleh anak-anak syarikat Negeri sejak 3 tahun yang lalu?
14) NAIK TARAF MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah tidak ada kelonggaran untuk mempertimbang kelulusan menaiktaraf surau kepada taraf masjid bagi Kampung Matang Pagar, walaupun ia merupakan keperluan setempat ?
-
Apakah syarat tanah tiga ekar merupakan syarat muktamad yang tidak boleh diberi pengecualian ?
14) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berikan penjelasan berhubung perancangan Kerajaan Negeri mengambil alih semula pengurusan sampah / pembersihan sisa pepejal dan bilakah tarikhnya
