14) JABATAN PENGANGKUTAN JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kenderaan bermotor mendaftar di JPJ Selangor sehingga 30 Jun 2016?
-
Berikan pecahan jenis kenderaan lori, bas, kereta dan motosikal.
-
Berapakah kutipan cukai jalan oleh JPJ Selangor dari tahun 2010 hingga 2015?
14) PERMOHONAN UNTUK BANTUAN KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan permohonan untuk bantuan kebajikan di Negeri Selangor mengikut kategori bantuan?
-
Berapakah bilangan permohonan yang diluluskan atau ditolak mengikut kategori bantuan?
-
Apakah purata masa menunggu untuk setiap permohonan?
14) USAHA MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN ILMU NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan bagi meningkatkan tahap penguasaan ilmu masyarakat Selangor memandangkan kajian badan antarabangsa tahun 2013 mendapati Malaysia menduduki tangga ke 43 tahap masyarakat berilmu?
-
Nyatakan kedudukan terkini index masyarakat berilmu Negeri Selangor.
14) SKIM PEMBERIAN AIR PERCUMA 20 METER PADU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pembayaran setiap tahun oleh kerajaan untuk membiayai Skim Air percuma dari 2008 hingga 2015?
-
Berapakah jumlah meter air yang telah menerima Skim ini dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula bayaran tarif air di Negeri Selangor?
14) MYSEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
MySel ditubuhkan demi membantu dalam masalah kewarganegaraan. Namun begitu, tiada sebarang informasi atau butiran tentang unit khas ini selain daripada laman web Facebook YB Kota Kemuning. Apakah usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan demi menyelesaikan masalah ini?
14) BANTUAN KEPADA SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan sekolah-sekolah SJKC, SJKT, Sekolah Agama serta sekolahsekolah lain yang telah menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan setiap tahun sejak tahun 2013.
14) RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan langkah yang diambil untuk memeriksa dan mengawal selia aktiviti beribadah di rumah ibadah bukan Islam agar ianya dilakukan selaras dengan prosedur pemeliharaan kesihatan dan keselamatan berkait dengan wabak covid-19?
14) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Peruntukan kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan telah diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor. Adakah peruntukan ini digunakan dengan betul?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?
-
Nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru tahun 2008 hingga 2010.
14) PENGUBAHSUAIAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kedudukan rumah-rumah kediaman yang telah mendapat kelulusan untuk membuat pengubahsuaian seperti menambah tingkat bagi rumah teres setingkat menjadikan dua tingkat, namun apabila siap CF gagal diperoleh. Bagaimanakah cara penyelesaiannya
-
Mengapa terdapat perbezaan kepada cukai pintu rumah-rumah yang telah diubahsuai dengan rumah-rumah asal tanpa pengubahsuaian? Apakah formula yang diguna pakai bagi menentukan cukai tersebut?
14) PEMBATALAN LEBUHRAYA KIDEX
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan negeri meyakinkan rakyat untuk menyelesaikan kesesakan trafik di Lembah Klang selepas pembatalan KIDEX?
-
Adakah kerajaan negeri menerima memorandum untuk meneruskan pembinaan KIDEX?
-
Apakah isi kandungan memorandum tersebut dan penyelesaiannya?
