13) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah perkhidmatan Bas Smart Selangor ke kawasan yang masih belum mendapat kemudahan pengangkutan awam?
13) INSTITUSI MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan, tanggungjawab serta tugas khusus MPKK ?
-
Nyatakan jumlah Pengerusi MPKK yang telak dilantik dan yang masih belum dilantik mengikut daerah?
13) PROJEK PEMBANGUNAN EKONOMI DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Berapakah banyak peruntukan bajet 2013 telah digunakan untuk program ini?
-
Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan pada tahun 2013.
-
Apakah method yang digunakan untuk melaksanakan program ini?
13) JAWATANKUASA BERSEPADU BAGI MENANGANI ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR PERINGKAT NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri ada menubuhkan mana-mana Jawatankuasa Bersepadu, yang mengumpulkan wakil-wakil daripada semua agensi-agensi kerajaan dan lain-lain (sebagai contoh, Jabatan Ala Sekitar, SPAN, LUAS, IWK, PBT) bagi membincangkan masalah pencemaran alam sekitar secara keseluruhan (termasuk penggubalan undang-undang baru) ?
13) INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM BANDAR PETALING JAVA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Adakah intrastruktur (paip air, bekalan elektrik, saliran, pembetungan, jalan raya, ruang tanah) di bandar Petaling Jaya mencukupi untuk menampung pembangunan baru dan pembangunan pesat?
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan menaikkan tarat intrastruktur dan kemudahan awam di bandar Petaling Jaya?
-
Bagaimanakah pihak kerajaan negeri akan melakukan penaikan tarat intrastruktur dan kemudahan awam di bandar Petaling Jaya dan berapa banyak (RM), secara terperinci, yang telah diperuntukkan untuk kerja-kerja naik tarat bagi tahun 2009, 2010 dan 2011?
14) SUMBER BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan untuk memastikan bekalan air mentah sentiasa mencukupi?
-
Nyatakan status terkini paras air di empangan-empangan Selangor?
-
Nyatakan status terkini kawasan-kawasan yang sudah dikenakan catuan air dan empangan-empangan yang terlibat?
14) PADANG TARAF FIFA DAN KEMUDAHAN SUKAN UNTUK SEMUA JANTINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengkaji semula cadangan membina dan menaik taraf padang bolasepak kampung supaya bertaraf padang FIFA di setiap DUN?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina kemudahan sukan selain padang bolasepak atau futsal bagi manafaat semua jantina?
14) TANAH KERAJAAN DIBERIMILIK KEPADA SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATION SDN BHD (SIC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan tanah kerajaan, jika ada, yang telah diberimilik kepada SIC?
-
Berapakah keluasan tanah tersebut yang belum dimajukan oleh SIC?
-
Berapakah cukai tanah tertunggak, jika ada, yang masih belum dibayar oleh SIC?
14) PERUNTUKAN UNTUK SEKTOR PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Jumlah peruntukan untuk sektor pertanian sebanyak RM17.8 juta di dalam Perbelanjaan Pembangunan Negeri Selangor 2014 bagi sektor sosial. Apakah rasional kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM17.8 juta untuk sektor pertanian?
-
Apakah Key Result Area (KRA), Objektif Strategik dan KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dalam pembangunan pertanian Selangor?
-
Apakah asas agihan peruntukan kepada petani-petani di Selangor khususnya petani Melayu?
14) INISIATIF MENARIK PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Menarik pelaburan luar negara adalah salah satu cara meningkatkan ekonomi negeri Selangor, menambahkan peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang perniagaan sampingan kepada usahawan tempatan. Berapakah jumlah pelaburan asing yang berjaya ditarik oleh kerajaan negeri pada 2010?
-
Mengikut pecahan tahun, berapakah kos setiap rombongan perdagangan kerajaan negeri bagi menarik pelaburan asing pada 2009 dan 2010?
-
Siapakah yang menyertai setiap rombongan perdagangan tersebut?
