13) SISTEM BARU BAGI PELANTIKAN KONTRAKTOR-KONTRAKTOR PEMBERSIHAN DAN KUTIPAN SAMPAH OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG BAGI KAWASAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Sila memberi butir-butir tentang sistem baru bagi pelantikan kontraktorkontraktor pembersihan dan kutipan sampah oleh Majlis Perbandaran Klang bagi kawasan Klang seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor
-
Memandangkan perjanjian-perjanjian kebanyakan kontraktor-kontraktor pembersihan dan kutipan sampah bagi kawasan Klang masih belum tamat, bagaimana sistem baru tersebut dapat dilaksanakan dengan serta-merta?
13) Industri Kesenian
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bagaimana MCO menjejaskan pembangunan industri kesenian?
-
Bagaimana kerajaan membantu industri kesenian untuk mengatasi masalah tersebut?
13) FLAT DAN PANGSAPURI DI PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan rumah-rumah flat berusia 20 tahun ke atas yang berada di kawasan Pelabuhan Klang?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan rumah-rumah flat yang pernah dan telah menerima peruntukan baikpulih bangunan di kawasan Pelabuhan Klang?
13) KOD ETIKA URUS TADBIR KORPORAT SEMUA GLC UTAMA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kod ini adalah penting untuk menetapkan keseragaman dalam mengukur kecekapan pengurusan tertinggi serta menjamin ketelusan pentadbiran dalam setiap GLC. Mengapakah ianya masih tidak diwujudkan sehingga sekarang?
13) PROGRAM PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program yang telah dan akan dijalankan untuk meningkatkan Penghayatan Islam dalam pentadbiran Negeri Selangor?
-
Apakah program untuk meningkatkan Penghayatan Islam untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor
-
Berapakah peruntukan yang disediakan ?
13) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah gelanggang futsal di seluruh Negeri Selangor mengikut DUN?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?
13) PEMBINAAN LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2?
-
Senaraikan semua tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 bersama dengan kapasitinya.
-
Bilakah Fasa 2 akan bermula dan siap?
13) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini rasionalisasi anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?
-
Bila kerajaan akan membentangkan pindaan Enakmen MBI 1994?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menjalankan rasionalisasi dan konsolidasi anak-anak syarikat PKNS, PKPS dan Yayasan Selangor? Jika ya, apakah status? Jika tidak, kenapa?
13) USAHAWAN KECIL NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri memperkenalkan kursus untuk usahawan kecil? Mohon senaraikan nama kursus dan bilangan penyertaan.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang dan peluang kepada usahawan kecil bagi membawa produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan kelebihan kepada peserta-peserta daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk memohon bantuan perniagaan seperti Skim Mikrokredit Usahawan dan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?
13) GERAN INDIVIDU TAMAN MURNI, SEPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status geran individu bagi pemilik premis di Taman Murni, Sepang?
