13) BANTUAN KEWANGAN KEPADA NGO
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak Kerajaan merancang untuk memberi bantuan kewangan kepada NGO kebajikan seperti pusat jagaan OKU, rumah anak yatim dan sebagainya?
13) MERANCAKKAN EKONOMI PEKAN PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merancakkan aktiviti ekonomi di Pekan Pelabuhan Klang?
13) KEMASUKAN PELAJAR KE INPENS KOLEJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai pelajar telah menamatkan pengajian di INPENS Kolej dari tahun 2008 hingga 2015?
-
Apakah pecahannya mengikut kaum?
13) KAVEAT PENTADBIR TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pertimbangan pentadbiran tanah dalam mengenakan kaveat Pejabat Tanah.
-
Senaraikan semua kaveat Pejabat Tanah yang masih berkuatkuasa sekarang serta maklumat ringkas tentang tanah-tanah yang dikaveat ini.
13) PERMOHONAN UNTUK BANTUAN KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan permohonan untuk bantuan kebajikan di Negeri Selangor mengikut kategori bantuan?
-
Berapakah bilangan permohonan yang diluluskan atau ditolak mengikut kategori bantuan?
-
Apakah purata masa menunggu untuk setiap permohonan?
13) PROJEK PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi membina Kompleks Belia dan Sukan dan juga Stadium Hoki di kawasan Zon Selatan Selangor?
13) PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI RAWANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Kawasan Rawang mempunyai aduan pencemaran habuk dan pencemaran bau yang tinggi berpunca dari kawasan perindustrian, apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan pencemaran untuk memulihkan keselesaan kawasan kediaman?
13) KEMPEN BEBAS PLASTIK DAN 20 SEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat cara penggunaan kutipan 20 sen beg plastik yang diperolehi oleh peniaga-peniaga? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membatalkan Kempen Bebas Beg Plastik dan Polisterin memandangkan ada pihak tertentu membantah caj 20 sen?
13) BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan banjir kilat yang pernah berlaku di Selangor pada tahun 2014 mengikut PBT?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri pernah melakukan kajian berkenaan kemungkinan berlakunya banjir besar di Selangor seperti di Kelantan?
13) SISTEM BARU BAGI PELANTIKAN KONTRAKTOR-KONTRAKTOR PEMBERSIHAN DAN KUTIPAN SAMPAH OLEH MAJLIS PERBANDARAN KLANG BAGI KAWASAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Sila memberi butir-butir tentang sistem baru bagi pelantikan kontraktorkontraktor pembersihan dan kutipan sampah oleh Majlis Perbandaran Klang bagi kawasan Klang seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor
-
Memandangkan perjanjian-perjanjian kebanyakan kontraktor-kontraktor pembersihan dan kutipan sampah bagi kawasan Klang masih belum tamat, bagaimana sistem baru tersebut dapat dilaksanakan dengan serta-merta?
