13) BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan banjir kilat yang pernah berlaku di Selangor pada tahun 2014 mengikut PBT?
-
Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri pernah melakukan kajian berkenaan kemungkinan berlakunya banjir besar di Selangor seperti di Kelantan?
13) AIR TIDAK BERHASIL (NRW)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah status perbelanjaan tentang peruntukan penggantian paip air lama dan kerja-kerja pengurangan air tidak berhasil atau NRW di Selangor untuk tahun 2017 sehingga sekarang?
13) PEMUTIHAN KILANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah kilang yang telah mohon dalam proses pemutihan, yang telah diluluskan dan kilang yang masih ingkar berbuat demikian sejak tahun 2008 sehingga akhir bulan April, 2013 mengikut jenis perniagaan, di kawasan DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?
13) PROGRAM PENINGKATAN PENGHAYATAN ISLAM DALAM PENTADBIRAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program yang telah dan akan dijalankan untuk meningkatkan Penghayatan Islam dalam pentadbiran Negeri Selangor?
-
Apakah program untuk meningkatkan Penghayatan Islam untuk kakitangan Kerajaan Negeri Selangor
-
Berapakah peruntukan yang disediakan ?
13) KOD ETIKA URUS TADBIR KORPORAT SEMUA GLC UTAMA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kod ini adalah penting untuk menetapkan keseragaman dalam mengukur kecekapan pengurusan tertinggi serta menjamin ketelusan pentadbiran dalam setiap GLC. Mengapakah ianya masih tidak diwujudkan sehingga sekarang?
13) BANTUAN PENDIDIKAN SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan bantuan pendidikan yang banyak kepada SRA, SJKC, SJKT, senaraikan semua sekolah yang mendapat peruntukan sepanjang tahun 2011.
-
Perincikan jumlah peruntukan semua sekolah yang mendapat peruntukan ini?
13) RUMAH URUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rumah urut yang beroperasi tanpa kelulusan di dalam Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah dan bakal diambil terhadap mereka?
13) TABUNG AMANAH PERKUBURAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kerja-kerja yang sedang dan telah dilaksanakan melalui tabung ini di Daerah Kuala Selangor terutamanya di DUN Permatang.
-
Sila nyatakan kos perbelanjaan yang telah digunakan bagi tujuan tersebut.
13) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini rasionalisasi anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?
-
Bila kerajaan akan membentangkan pindaan Enakmen MBI 1994?
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk menjalankan rasionalisasi dan konsolidasi anak-anak syarikat PKNS, PKPS dan Yayasan Selangor? Jika ya, apakah status? Jika tidak, kenapa?
13) MASALAH PENGURUSAN JMB
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah usia rumah-rumah pangsa yang berada di Daerah Klang?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menghidupkan kembali JMB di rumah-rumah pangsa yang telah berusia lebih daripada 20 tahun?
-
Berapakah jumlah terkini JMB yang aktif dan yang tidak aktif di dalam Daerah Klang?
