15) PENYELESAIAN HUTANG-HUTANG SYARIKAT KUMPULAN TALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan faedah atau aset yang diperolehi daripada penyelesaian hutang - hutang Syarikat Kumpulan Talam?
15) BEKAS POLISTERIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri atau mana mana PBT telah melarangkan pengunaan bekas polisterin di Selangor?
-
Apakah tarikh ia berkuatkuasa?
-
Apakah peruntukan undang-undang sediada untuk menguatkuasakan larangan ini?
15) PREMIS BERLESEN ARAK DI KAWASAN KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah bilangan premis berlesen arak di kawasan Kuala Langat( Banting / Jenjarom / Telok Panglima Garang / Tanjung Sepat )
-
Morib mengusulkan bilangan premis berlesen arak sedia ada dikaji semula dan lesen-lesen baru dibekukan demi menjaga kesejahteraan semua pihak. Telah berlaku gejala sosial yang serius dan berleluasa hingga ke tahap perlakuan jenayah ugutan bom.
15) STATUS TERKINI PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU MENGIKUT JENIS A, B, C, D BAGI SELURUH DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Jumlah diberikan kebenaran.
-
Jumlah siap dibina
-
Apakah jumlah ini telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan?
15) ISU PEMUTIHAN PREMIS HARAM BESI BURUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah premis haram yang masih beroperasi di setiap PBT?
-
Apakah KNS mempunyai rancangan untuk pemutihan premis besi-besi buruk yang tidak ditempatkan di lokasi yang ditetapkan oleh PBT?
-
Adakah tempoh maksima masa yang di tetapkan oleh PBT untuk premis itu dipindahkan?
15) PEMBANGUNAN DALAM RANCANGAN SELANGOR PERTAMA (RS-1)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ‘committed capital' daripada pihak swasta yang telah diperolehi oleh kerajaan bagi merealisasikan pembangunan-pembangunan dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan apakah persediaan anak-anak syarikat bagi menjamin kemampuan fizikal untuk terlibat sama?
15) LAMAN MEDIA SOSIAL RASMI JABATAN, AGENSI DAN BADAN BERKANUN KERAJAAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kesemua akaun rasmi laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang dimiliki oleh Ahli MMKN dan kesemua jabatan, agensi, badan berkanun serta anak-anak syarikat milik Kerajaan Selangor?
15) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang dilantik mengikut daerah.
-
Nyatakan jumlah pesakit dialisis di bawah Panel Dialisis Sihat Selangor mengikut daerah.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengekalkan Bantuan Kesihatan Sihat Selangor RM2000 untuk pesakit dialisis pada tahun depan?
15) BANGLO SULTAN SULAIMAN, FRASER’S HILL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan butir-butir tentang kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaikan yang akan dilaksanakan atas Banglo Sultan Sulaiman memandangkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta telah diluluskan atas tujuan tersebut
-
Apakah syarat-syarat untuk memberi kelulusan kepada orang awam untuk menyewa Banglo tersebut memandangkan pada hakikatnya, orang awam kini dibenarkan membuat tempahan Banglo tersebut terus melalui e-tempahan tanpa diperlukan mendapat kebenaran sesiapapun yang mana tidak sepatutnya berlaku kerana Banglo tersebut seharusnya hanya disewa kepada kakitangan Kerajaan Negeri secara esklusif
15) PENGURUSAN PANGSAPURI (JMB & MC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang boleh diambil Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengurusan JMB yang enggan bekerjasama dengan ADUN atau Ahli Parlimen yang mengabaikan masalah penghuni?
