16) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah membangunkan Pelan Induk Pengangkutan Awam negeri sebagaimana yang diwar-warkan?
-
Bagaimanakah pelan induk ini dapat menjamin pergerakan rakyat dengan cekap dan selesa?
16) BINAAN HARAM DI DALAM KAWASAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan binaan haram yang telah diambil tindakan?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh PBT sejak daripada tahun 2013 sehingga kini?
-
Apakah jenis-jenis binaan haram tersebut?
16) SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kaedah pelantikan kontraktor?
-
Nyatakan berapa jumlah nama dan jumlah kontraktor yang telah diambil tindakan di atas kegagalan penyenggaraan sisa pepejal di MPAJ sejak pengambilalihan dari ALAM FLORA?
-
Nyatakan juga bentuk tindakan?
16) E-KASIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri masih ingin meneruskan penggunaan sistem e-Kasih bagi permohonan Kad Kasih Ibu Smart Selangor dan Kad Peduli Sihat?
-
Adakah Kerajaan Negeri menghadapi apa-apa kekangan dalam mengakses data dan maklumat e-Kasih pada masa kini?
16) AHLI LEMBAGA PENGARAH BADAN BERKANUN DAN ANAK SYARIKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kesemua nama Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor yang terkini
-
Sila kemukakan senarai nama dan tarikh sebenar Ahli Dewan Negeri Selangor dan Ahli Parlimen yang telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam kesemua GLC dan Anak Syarikat Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah kriteria yang diguna pakai apabila membuat sesuatu pelantikan
16) BANTUAN KEPADA SEKOLAH RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah bantuan kepada SRK, SRJKC dan SRJKT dari 2014-2016
-
Nyatakan jumlah permohonan bantuan yang ditolak pada tahun 2016
16) KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bilakah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) akan berkuat kuasa di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk penubuhan Tribunal di bawah Akta tersebut?
-
Berapa lamakah Tribunal tersebut boleh menerima, mendengar dan memutuskan aduan mengenai sesuatu perkara?
16) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Berapakah unit rumah Selangorku di dalam DUN Sungai Ramal?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina lebih banyak rumah Selangorku dalam kawasan ini untuk memenuhi keperluan penduduk?
16) PAJAKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria dan syarat supaya seseorang dapat menikmati pemilikan tanah secara tetap / selamanya ataupun secara pajakan?
-
Adakah faktor-faktor sejarah dan perlembagaan diambil kira apabila keputusan untuk mempertimbangkan hak-hak individu pemilik?
16) PENGGUNAAN PERUNTUKAN WANG MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukkan wang MARRIS yang diterima oleh Kerajaan Negeri pada 2016?
-
Apakah Kerajaan Negeri membelanjakan wang MARRIS hanya bagi maksud penyelenggaraan jalanraya atau digunakan untuk penyelenggaraan yang lain?
-
Mohon menyatakan senarai kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dilaksanakan menggunakan peruntukan MARRIS pada 2016.
