16) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan peratusan peruntukan daripada jumlah peruntukan 2016 dalam Pusat Wanita Berdaya
-
Sila kemukakan senarai aktiviti dan perbelanjaan untuk Pusat Wanita Berdaya mengikut DUN dalam tahun 2015
16) BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan Akademi Kepimpinan Belia bagi melatih belia untuk bersedia sebagai kepimpinan masa datang?
-
Berapa ramai bilangan belia yang mendaftar mengikut Skim Insentif Perkahwinan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri?
16) SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLCS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan anak-anak syarikat dibawahnya (subsidiary) yang mengalami kerugian, dengan menyatakan tarikh ditutup/ditamatkan.
16) BANJIR LUMPUR DI PEKAN BANGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Banjir yang berlaku pada 12 Oktober 2012 membawa lumpur dari jambatan sedang dibina di Bangi merentasi ke Bandar Seri Putra. Apakah langkah diambil oleh pembina jambatan dan pemaju perumahan berdekatan untuk mengelakkan berlakunya banjir lumpur selepas ini?
-
Mengapakah usaha mendalamkan sungai Bangi dihentikan?
-
Apakah tindakan yang diambil bagi mengatasi halangan untuk membersihkan sungai Bangi?
16) TANAH UNTUK RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana kaedah peruntukan tanah ini dilaksanakan?
-
Berapakah saiz tanah yang diperlukan untuk setiap rumah ibadat mengikut agama?
16) ISU KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan rancangan penyelesaian isu kesesakan persimpangan Kawasan Sekolah Seri Garing, SJK(T) Rawang, SK Rawang, SK Sinaran Budi.
-
Nyatakan rancangan penyelesaian isu kesesakan di persimpangan kawasan Taman Tun Teja.
16) PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah membangunkan Pelan Induk Pengangkutan Awam negeri sebagaimana yang diwar-warkan?
-
Bagaimanakah pelan induk ini dapat menjamin pergerakan rakyat dengan cekap dan selesa?
16) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Kelulusan bantuan sihat Selangor mengambil tempoh masa yang lama sehingga 3 ke 4 bulan. keperluan kepada pemohon amatlah diperlukan segera
-
Apakah langkah yang di ambil oleh pihak kerajaan untuk mempercepatkan proses kelulusan tersebut?
16) KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bilakah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) akan berkuat kuasa di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk penubuhan Tribunal di bawah Akta tersebut?
-
Berapa lamakah Tribunal tersebut boleh menerima, mendengar dan memutuskan aduan mengenai sesuatu perkara?
16) RUMAH SELANGORKU LEWAT SIAP DAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah projek dan bilangan unit rumah di bawah projek Rumah Selangorku yang gagal disiapkan dan lewat dibina mengikut jadual?
-
Apakah puncanya kelewatan dan kegagalan tersebut?
-
Apakah langkah yang telah dan sedang diambil untuk mengatasi masalah tersebut?
