Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

163) MASALAH PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan program yang dilihat mempunyai potensi dalam pasaran pekerjaan sebagai penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan belia di Selangor dan apakah langkah proaktif untuk membantu siswazah menganggur di Selangor

    Klik jawapan »

164) KEMISKINAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut


  1. Berapakah jumlah orang miskin yang terdapat di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan dan juga yang bakal dilaksanakan untuk memberi bantuan kepada orang miskin ini?

    Klik jawapan »

165) PENGGERAK BELIA TEMPATAN

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Pelaksanaan Penggerak Belia Tempatan disandarkan kepada PBT sedangkan ianya merupakan satu program kritikal Kerajaan Negeri. Ia merupakan dasar penting yang perlu mengembangkan dasar-dasar sokongan di peringkat pelaksanaan. Selaras dengan prinsip kakitangan awam hanya sebagai pelaksana dan tidak sewajarnya menerajui penggubalan dasar-dasar kerajaan. Bukankah lebih tepat pelaksanaan Penggerak Belia Tempatan diletakkan di bawah pentadbiran ADUN?

    Klik jawapan »

  2. Jika isunya adalah sistem sokongan dan peruntukan kewangan, mengapa Kerajaan Negeri tidak boleh mengeluarkan peruntukan dari Belanjawan Negeri untuk menjayakan program ini?

    Klik jawapan »

  3. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri untuk meletakkan program ini di bawah pentadbiran ADUN?

    Klik jawapan »

166) RIZAB TANAH JPS SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila senaraikan bilangan kawasan perumahan yang dibina di atas tanah rizab JPS

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memberi geran tanah tetap kepada penduduk-penduduk kawasan tersebut kerana mereka telah tinggal di kawasan tersebut melebihi 50 tahun?

    Klik jawapan »

167) SOKONGAN GOLONGAN MUDA DAN BELIA BERKENAAN IDEOLOGI SERTA DASAR-DASAR PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Adakah terdapat bentuk program yang bersesuaian yang dirangka oleh pihak Kerajaan Negeri untuk golongan muda dan belia bagi menyokong ideologi dan dasar-dasar kerajaan sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peratus golongan muda dan belia terutama di kawasan kampung yang terlibat serta aktif di dalam membantu pihak Kerajaan dalam menyampaikan dasar dan ideologi kerajaan serta mendapat sokongan setempat?

    Klik jawapan »

168) MASJID DAN SURAU

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Didapati ramai pemimpin politik Pakatan Rakyat yang membaca khutbah pada Sembahyang Jumaat di masjid dalam DUN Dusun Tua. Adakah mereka mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)?

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan wakil rakyat Barisan Nasional menganjurkan program agama di masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap pemimpin-pemimpin politik yang membaca khutbah tanpa tauliah dan tidak mengikut teks yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)?

    Klik jawapan »

169) STATUS TERKINI KEDUDUKAN LADANG TERNAKAN AYAM DESA COALFIELD

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Kita sedia maklum, ladang ternakan ayam di Desa Coalfield telah wujud sebelum dimajukan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. Syarikat yang menjalankan perusahaan secara sah itu lebih awal meneroka kawasan berkenaan berbanding kebanjiran penduduk di sekitarnya. Pembangunan perumahan yang semakin pesat, akhirnya mengundang masalah bau yang kurang menyenangkan kepada penduduk setempat. Masalah ini sudah saya bangkitkan sejak sekian lama dan bagaimanakah status terkini ladang ayam berkenaan?

    Klik jawapan »

  2. Saya dimaklumkan pemindahan sedang dibuat. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah ini dan faktor-faktor kelewatannya

    Klik jawapan »

170) AGAMA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan tegas penguatkuasaan Jabatan Agama Islam terhadap kegiatan maksiat di pusat hiburan?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah tangkapan yang telah dibuat di pusat Ð pusat hiburan yang telah beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah bilangan pengendali pusat hiburan yang telah ditutup atau diambil tindakan mahkamah setakat ini kerana melanggar peraturan Ð peraturan di bawah Enakmen Agama Islam Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

171) SETIAUSAHA, PEGAWAI KEWANGAN DAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menukar Setiausaha, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan sebab-sebab untuk jawapan (a) di atas dan tarikh pertukaran (jika ada)

    Klik jawapan »

172) KEMPEN JERIT

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. YAB Menteri Besar telah melancarkan kempen berbasikal JERIT , Jaringan Rakyat Tertindas pada bulan November, 2008 dan menyokong tuntutan-tuntutan yang dibawa oleh kempen ini . Tuntutan-tuntutan kempen ini ialah : i) Akta Gaji Minima ii) Kawal Harga Barang iii) Hentikan Penswastaan Kemudahan Asas seperti Air iv) Perumahan Selesa untuk Rakyat v) Laksanakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan dan vi) Mansuhkan ISA. Sejauh manakah Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mengimplementasikan tuntutantuntutan kempen tersebut di bawah kuasa implementasi Kerajaan Negeri Selangor?

    Klik jawapan »