19) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Perkhidmatan WiFi Selangorku seringkali terputus akibat pertukaran syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP). Apakah punca masalah ini dan bagaimana masalah ini boleh diatasi?
19) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Tapak pelupusan sampah di Negeri Selangor tidak boleh menampung keperluan rakyat sedangkan sampah semakin meningkat dan tapak pelupusan semakin terhad. Apakah rancangan masa depan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengguna teknologi terkini untuk mengatasi masalah ini?
19) PROGRAM TERJAH DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana program terjah denggi ini dapat mengurangkan kadar penyakit denggi di Selangor?
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mengawal wabak denggi?
-
Berapa jumlah saman salah laku denggi, senaraikan mengikut PBT?
19) KAWASAN RAYAU ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan usaha-usaha kerajaan yang telah dilaksanakan untuk memelihara nasib orang asli di negeri Selangor sepanjang tahun 2009-2012.
-
Sila nyatakan berapakah keluasan kawasan yang telah digazetkan sebagai ÔKawasan RayauÕ orang asli semenjak tahun 2009.
-
Sila nyatakan perancangan kerajaan negeri untuk menggazetkan tanah sebagai ÔKawasan RayauÕ orang asli di Dusun Tua.
19) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bagaimana sambutan peniaga terhadap kempen bebas plastik.
-
Nyatakan kekangan yang telah dihadapi oleh kempen ini.
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar?
19) PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN 2019
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah program pembangunan modal insan yang telah dirancangkan bagi tahun 2019?
-
Adakah ianya meliputi program pasca perkahwinan seperti yang telah dinyatakan di dalam belanjawan 2019?
19) SATU KAMPUNG SATU PRODUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada menyatakan program Satu Kampung Satu Produk sebagai usaha membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar. Bagaimanakah perkembangan program tersebut?
-
Nyatakan produk-produk dan kampung-kampung yang telah dikenal pasti dan terlibat dalam program ini
-
Berapakah nilai pendapatan yang dapat dijana untuk mereka yang terlibat?
19) KELUARGA MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Apakah definisi kemiskinan?
-
Mengikut definisi kemiskinan kerajaan, wujudnya berapa warga miskin di Selangor?
-
Kalau ukuran kemiskinan adalah keluarga yang berpendapatan kurang dari RM1500 sebulan, wujud berapa ramai warga miskin di Selangor?
19) BAIK PULIH APARTMENT KRISTAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam menangani isu projek Apartmen Kristal yang terbengkalai sejak sekian lama?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mengatasi masalah yang rata-rata unit Kristal sudah ada pembeli dimana mereka hanya terpaksa membayar hutang bank begitu sahaja kerana rumah dibeli terbengkalai?
19) KEBAJIKAN PENEROKA BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Daripada jumlah peneroka bandar, nyatakan statistik peneroka bandar yang telah diberi pemberimilikan tanah?
-
Nyatakan statistik peneroka bandar yang diberi penempatan di rumah kos rendah mengikut PBT, Parlimen dan DUN?
-
Adakah nasib peneroka bandar ini terjaga kebajikannya selepas tanah mereka dikembalikan kepada kerajaan negeri?
