19) HOTEL BAJET BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Akhir-akhir ini didapati banyak hotel bajet baru yang wujud di bandar-bandar utama Selangor. Nyatakan jumlah hotel bajet yang beroperasi dan diberikan lesen di semua 12 PBT dari tahun 2008 hingga 2011?
-
Apakah garis panduan untuk hotel-hotel bajet ini beroperasi?
-
Apakah mekanisme untuk memantau jika ada kegiatan maksiat?
19) AIR BUMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan program Kerajaan Negeri terhadap sumber air bumi?
-
Apakah langkah-langkah persediaan di segi perundangan, pelaksanaan dan penguatkuasaan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri sekiranya potensi sumber air bumi ini dibangunkan?
-
Apakah Kerajaan Negeri sudah mempunyai rancangan untuk mewujudkan Òpilot projectÓ bagi membangunkan loji sumber air bumi di Selangor?
19) KEGIATAN PENCURIAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap kegiatan pencurian pasir yang berleluasa demi meningkatkan pendapatan negeri?
19) TANAH PERKUBURAN ISLAM, BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan butir-butir lengkap seperti alamat, No. Plot dan sebagainya lokasi Tanah Perkuburan Islam dan Bukan Islam di kawasan pembangunan perumahan dan komersial baru di Bandar Rimbayu, Tropicana Aman dan Eco- Sanctuary, DUN Telok Datok dan DUN Sijangkang.
-
Siapakah agensi atau jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengurus tadbir tapak tanah tersebut di atas?
19) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pendapatan hasil dari industri pelancongan kepada ekonomi Selangor pada tahun 2014.
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mempertingkatkan hasil pendapatan ini?
19) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang Negeri Selangor dan jumlah perdagangan Negeri Selangor di luar negara bagi tahun 2007
-
Sila nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008.
-
Apakah jumlah kos perbelanjaan yang terpaksa digunakan untuk meningkatkan dan mempromosikan perdagangan di Negeri Selangor bagi tahun 2008
19) PENGURUSAN BANGUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan mengambil alih pengurusan bangunan rumah pangsapuri kos rendah yang mempunyai masalah?
-
Apakah bantuan di bawah Skim Ceria atau skim lain yang ditawarkan oleh Kerajaan kepada penduduk-penduduk tinggal di rumah pangsapuri kos rendah?
-
Sila kemukakan senarai JMB/MC yang menyertai skim ceria atau program lain yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor dalam tempoh 2008-2015
-
c) skim ceria atau program lain yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor dalam tempoh 2008-2015.
19) KUTIPAN HASIL TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri telah melancarkan Ops Kutip untuk meningkatkan kutipan hasil tanah negeri. Nyatakan prestasi dan jumlah cukai tanah untuk tahun 2009.
-
Berapakah anggaran kutipan tahun 2010 mengikut daerah?
19) Pembaikan Jalan
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat perancangan dari badan terlibat untuk menaiktaraf/turap semula jalan utama di pjs 6 sehingga pjs 5 (hadapan kontena nasional) yang menjadi laluan utama ke tmn medan dan yang lain?
19) SKIM SMART SEWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah permohonan Skim Smart Sewa sehingga kini?
-
Berapakah jumlah unit rumah bagi Skim Smart Sewa yang telah diduduki dan belum diduduki sehingga kini?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan lokasi rumah-rumah bagi Skim Smart Sewa?
