22) KELAYAKAN PEMOHON PROGRAM ILTIZAM ANAK SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional kerajaan membuka permohonan Program Iltizam Anak Selangor untuk anak kelahiran Selangor semata-mata dan bukan untuk pemastautin yang terdiri daripada sebahagian besar penduduk Selangor, sedangkan mereka menetap di Selangor lebih lama dari anak jati yang telah berhijrah keluar?

22) PERTUMBUHAN EKONOMI NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis


  1. Apakah jangkaan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor 5 tahun ke hadapan? Sektor manakah yang akan menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor dan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merealisasikannya.

    Klik jawapan »

22) PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut


  1. Senarai bilangan dan lokasi kilang haram yang telah berjaya dalam program pemutihan tersebut

    Klik jawapan »

  2. Senarai jumlah yang dalam proses permohonan pemutihan dan jumlah yang belum memohon.

    Klik jawapan »

  3. Apakah masalah yang dihadapi dalam program tersebut?

    Klik jawapan »

22) JUMLAH PENERIMA BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri ada memberi bantuan khairat kematian kepada warga Selangor yang meninggal dunia sejak 2008. Berapakah jumlah penerima bantuan yang telah diberikan kepada warga dalam DUN Jeram dan mohon senaraikan nama-nama penerima bantuan berkenaan mengikut kampung-kampung?

    Klik jawapan »

22) KEGIATAN PERTANIAN DUSUN TUA

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk mempromosikan buah-buahan tempatan sekaligus menarik kehadiran lebih ramai pelancong-pelancong.

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan usaha dan tindakan yang telah/akan diambil untuk menggiatkan lagi aktiviti pertanian terutamanya buah-buahan seperti durian yang berkualiti tinggi di Dusun Tua.

    Klik jawapan »

22) PERUNTUKAN UNTUK AHLI DEWAN NEGERI PARTI PEMBANGKANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis


  1. Berapa jumlah peruntukan yang akan diberi kepada Ahli Dewan Negeri Selangor Parti Pembangkang?

  2. Bila Parti Pembangkang diberi peruntukan?

  3. Nyatakan jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor Parti Pembangkang sejak diberi peruntukan

22) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut


  1. Aduan dari penghuni perumahan rakyat LPHS, di seksyen 26 Shah Alam adalah syarikat penyelenggaraan yang di lantik LPHS tidak laksanakan tugas hingga surau dilimpahi air najis. Huraikan apakah benar dakwaan ini?

    Klik jawapan »

  2. Jelaskan, berapa unitkah rumah di perumahan ini kosong dan berapakah yang dihuni? Huraikan berapakah pecahannya mengikut kaum?

  3. Kenapa rekod polis dijadikan alasan untuk menolak permohonan penyewa dari kalangan orang miskin?

    Klik jawapan »

22) ISU PENYELENGGARAAN JALAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis


  1. Apakah usaha kerajaan negeri terhadap jalan Ð jalan utama di Bandaraya Shah Alam yang berlubang dan tidak rata?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memulihkan sepenuhnya jalan Ð jalan yang berlubang, rosak dan tidak rata di sekitar Shah Alam setanding dengan kualiti Shah Alam sebagai sebuah bandar raya?

    Klik jawapan »

22) PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut


  1. Tidakkah Kerajaan Negeri bercadang mewajibkan Pihak berkuasa Tempatan mengadakan sesi "townhall meeting" terbuka kepada pihak awam secara berkala sebagai satu usaha untuk meningkatkan prestasi dan kepekaan mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat?

    Klik jawapan »

22) RUMAH URUT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol

Kategori: Mulut


  1. Apakah dasar kelulusan dan kawalan sesebuah rumah atau spa?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan bilangan rumah urut, spa dan pusat hiburan berlesen di Selangor pada waktu ini mengikut PBT dan berapakah anggaran rumah-rumah urut, spa dan pusat hiburan yang beroperasi secara haram?

    Klik jawapan »

  3. Adakah EXCO dan ADUN kerajaan negeri turun padang membanteras masalah ini bersama agensi kerajaan terbabit?

    Klik jawapan »