22) KEGIATAN PERTANIAN DUSUN TUA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk mempromosikan buah-buahan tempatan sekaligus menarik kehadiran lebih ramai pelancong-pelancong.
-
Sila nyatakan usaha dan tindakan yang telah/akan diambil untuk menggiatkan lagi aktiviti pertanian terutamanya buah-buahan seperti durian yang berkualiti tinggi di Dusun Tua.
22) SISTEM PENGANGKUTAN BANDARAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah -langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaiki sistem pengangkutan awam secara keseluruhannya
-
Oleh kerana perkhidmatan bas dijalankan oleh pihak swasta, maka perkhidmatan mereka bergantung kepada sama ada sesuatu lokasi perhentian dan laluan dapat mengaut keuntungan. Syarikat swasta tidak rela memberi perkhidmatan sebagai tanggungjawab sosial. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memulakan sistem bas kepunyaan kerajaan yang dapat lalui semua lokasi penghuni demi melengkapkan kekurangan ini di Selangor
22) PERUNTUKAN UNTUK AHLI DEWAN NEGERI PARTI PEMBANGKANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah peruntukan yang akan diberi kepada Ahli Dewan Negeri Selangor Parti Pembangkang?
-
Bila Parti Pembangkang diberi peruntukan?
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor Parti Pembangkang sejak diberi peruntukan
22) PENGOPERASIAN KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pendirian kerajaan negeri terhadap kelulusan sediada dan yang akan datang bagi pengoperasian kuari-kuari yang beroperasi di dalam negeri Selangor.
-
Nyatakan keputusan pihak kerajaan terhadap aduan penduduk mengenai pengoperasian kuari di Lot 28436, Batu 10 Cheras dan lot berdekatan dengannya
22) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Tidakkah Kerajaan Negeri bercadang mewajibkan Pihak berkuasa Tempatan mengadakan sesi "townhall meeting" terbuka kepada pihak awam secara berkala sebagai satu usaha untuk meningkatkan prestasi dan kepekaan mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat?
22) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Salah satu elemen utama dalam membantu rakyat miskin di Selangor ialah menyediakan rumah mampu milik dan juga rumah sewa murah. Berapakah jumlah rumah yang dibina oleh kerajaan negeri di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada tahun 2009, 2010 dan 2011?
22) PENGURUSAN FLAT KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pembangunan flat kos rendah yang mempunyai dan tidak mempunyai JMB atau MC yang berfungsi? Sila beri pecahan mengikut PBT
-
Bagi flat yang tidak mempunyai JMB berfungsi, apakah tindakan kerajaan untuk mentadbir flat ini?
22) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah status garispanduan pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?
-
Adakah garispanduan tersebut akan membenarkan, mengehadkan atau menghalang pengubahsuaian tersebut?
22) KEMUDAHAN DEWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah dewan serbaguna/dewan orang ramai/balai raya yang telah dibina oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor dari 2008 ke 2016?
-
Berapakah padang yang telah dinaiktaraf ke padang cergas sejak permulaan inisiatif ini sehingga kini? Sila berikan butiran mengikut Pihak Berkuasa Tempatan.
22) PERANAN DAN SASARAN KPI TAHUNAN JAWATANKUASA TETAP PENGURUSAN SUMBER ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah core business Standco ini?
-
Gariskan KPI Standco ini bagi tahun 2013 dan 2014?
-
Senaraikan KPI yang gagal memenuhi sasarannya dan nyatakan apakah tiga sebab utama kegagalan tersebut?
