22) BANTUAN KEPADA RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak keeping tanah dan saiz tanah yang telah diluluskan kepada persatuan-persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan kepada persatuan- persatuan rumah ibadat selain Islam di Selangor sejak 2008 sehingga sekarang?
23) AGENDA PEMERKASAAN BUMIPUTERA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri memasukkan agenda pemerkasaan bumiputera dalam belanjawan 2019?
-
Senaraikan usaha pemerkasaan bumiputera yang telah dilaksanakan dari 2016-2018.
23) MENGATASI SISTEM PENGURUSAN PANGSAPURI YANG MASIH BERMASALAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Adakah kajian terperinci telah dibuat tentang masalah pengurusan pangsapuri terutama kos rendah?
-
Bagaimanakah dan bilakah kerajaan akan menggunakan kaedah berkesan melibatkan pimpinan tempatan terutama ADN untuk penyelesaian tuntas?
23) PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI KAWASAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan untuk membangunkan kawasan-kawasan pelancongan di luar bandar?
-
Di manakah kawasan luar bandar yang menjadi tumpuan Kerajaan untuk usahausaha ini?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk pembangunan program ini?
23) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah nilai pelaburan luar dan dalam negeri yang telah diterima oleh kerajaan Selangor untuk tahun 2013 dan 2014?
23) PENAMBAHAN BILANGAN PELAJAR KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARIPADA SEKOLAH RENDAH AGAMA-INTEGRASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramaikah bilangan pelajar SRA dan SRAI yang diterima memasuki SMA setiap tahun di seluruh Selangor?
-
Apakah rancangan Kerajaan bagi membolehkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan UPSRA untuk mendapat tempat di SMA?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan SMA bagi menampung permintaan yang semakin bertambah setiap tahun?
23) KAWASAN PERKUBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Kawasan perkuburan Islam banyak yang telah penuh dan ada yang tidak terurus, Traktor yang digunakan untuk menggali dan menimbus kubur berkeadaan usang. Berikutan penduduk yang semakin ramai maka kawasan baru telah di buka untuk menampung keperluan masa kini dan ada kawasan yang berlembah dan berair. Ini telah menyulitkan dan menggendalakan urusan pengebumian. Apakah peranan PBT dan Majlis Tempatan dalam menangani permasalahan ini.
-
Disarankan MAIS atau Zakat membantu untuk menyediakan traktor untuk kegunaan pengebumian jenazah menjadi lancar.
23) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
YB EXCO Sri Kembangan pernah menyatakan bahawa Kerajaan Selangor memberi RM500 Ribu kepada setiap ADUN tetapi peruntukan di Kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional akan diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor atau penyelaras Pakatan Rakyat. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?
-
Adakah masalah kesalahguna peruntukan berlaku di Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru pada tahun 2008 hingga 2011. Senaraikan penggunaan peruntukan ini daripada yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah.
23) SKIM CERIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan Skim Ceria dan tindakan pembaikan yang dilakukan dari tahun 2013-2015 mengikut PBT?
-
Apakah kriteria bagi memohon skim ini?
-
Berapakah jumlah permohonan yang lulus dan permohonan ditolak dari 2013- 2015 mengikut PBT?
23) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR SELEPAS PENULARAN PANDEMIK COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah awal Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur asing melabur dan relocate aktiviti perniagaan mereka di Negeri Selangor khususnya selepas dunia dilanda penularan pandemik COVID-19 ?
