24) PENGURUSAN JMB-MC
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kawasan rumah flat kos rendah yang mengalami masalah disebabkan JMB/MC yang tidak berfungsi mengikut DUN?
-
Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan JMB/MC yang tidak aktif?
-
Adakah Kerajaan merancang untuk mengambil alih kos pengurusan jalan dan longkang di sekeliling flat kini bawah tanggungjawab JMB/MC?
24) PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (FAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan perubahan yang dilakukan oleh FAS ?
-
Sila huraikan strategi dan pendekatan yang dilaksanakan demi pembangunan sukan tersebut ?
-
Berapakah peruntukan yang disalurkan oleh KNS sejak 5 tahun yang lalu ?
24) PENYENGGARAAN SAMPAH DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Sejak PBT di Selangor mengambil alih operasi pengutipan sampah dan pembersihan dari Alam Flora sejak tahu 2012, berapakah penjimatan kos yang dapat dibuat?
24) ARAHAN PERBENDAHARAAN 58
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah Arahan Perbendaharaan 58 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kewangan mengikut pecahan PBT daripada tahun 2006-2011.
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan aliran kewangan PBT berada dalam keadaan sihat dan tiadanya banyak tunggakan yang perlu diselesaikan?
24) PANEL DIALISIS SIHAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria bagi dilantik sebagai Panel Dialisis Sihat Selangor
-
Berapakah perbelanjaan yang telah digunakan bagi program ini?
-
Jumlah pesakit yang didaftarkan bawah Panel Dialisis Sihat Selangor
24) KUALITI HIDUP
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti hidup Negeri Selangor sebagai yang terbaik dari segi pendidikan, perumahan, pengangkutan, kesenian kebudayaan dll. Apakah langkah yang perlu diambil dan bagaimana mengatasinya jika ianya bermasalah?
-
Apakah purata pendapatan, distribusi pendapatan, dan gini koefisien (gini coefficient) untuk negeri Selangor bagi tahun 2008-2010. Apakah faktor-faktor bagi menyekat bagi pengurangan ketidakseimbangan pendapatan (income inequality) ini?
24) INISIATIF SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek dan pencapaian Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sejak pertubuhannya
-
Apakah perkembangan dengan pembangunan Smart Digital Eco-system yang bernilai RM14 juta (Bajet 2017)?
-
Apakah perkembangan sistem iClean Selangor yang bernilai RM45 juta (Bajet 2017)?
24) CEGAH MAKSIAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Beberapa bulan yang lalu, YB DatoÕ Dr. Hassan Ali telah mengisytiharkan peranan pegawai-pegawai masjid di Selangor yang akan diperkasakan melalui autoriti yang diberikan oleh JAIS untuk mencegah kemungkaran di Qariyah masing-masing. Sejauh manakah peranan ini telah dimainkan oleh pegawai terbabit dan keberkesanan kepada arahan terbaru ini?
-
Berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan?
-
Minta diberikan pecahan jumlah tangkapan mengikut daerah dalam negeri Selangor?
24) JAMBATAN KE-3 KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan jambatan tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran kos pembinaan Jambatan tersebut dan bilakah ianya akan dimulakan?
-
Sila nyatakan apakah peranan Kerajaan Persekutuan dalam konteks pembinaan Jambatan Ke-3 Klang?
24) KEHADIRAN MB & EXCO DALAM MESYUARAT EXCO DAN MTES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Meminta senarai kehadiran MB & EXCO dalam mesyuarat EXCO dan MTES pada tahun 2012.
