24) CEGAH MAKSIAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Beberapa bulan yang lalu, YB DatoÕ Dr. Hassan Ali telah mengisytiharkan peranan pegawai-pegawai masjid di Selangor yang akan diperkasakan melalui autoriti yang diberikan oleh JAIS untuk mencegah kemungkaran di Qariyah masing-masing. Sejauh manakah peranan ini telah dimainkan oleh pegawai terbabit dan keberkesanan kepada arahan terbaru ini?
-
Berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan?
-
Minta diberikan pecahan jumlah tangkapan mengikut daerah dalam negeri Selangor?
24) JAMBATAN KE-3 KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan jambatan tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah anggaran kos pembinaan Jambatan tersebut dan bilakah ianya akan dimulakan?
-
Sila nyatakan apakah peranan Kerajaan Persekutuan dalam konteks pembinaan Jambatan Ke-3 Klang?
24) PENCEMARAN AIR SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah yang menyebabkan air di Bagan Sungai Buloh Jeram menjadi hitam dan berbau busuk semasa air surut?
-
Apakah langkah yang perlu diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti punca dan seterusnya mengambil tindakan pemulihan?
24) INDUSTRI TERNAKAN AYAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah dan senaraikan setiap satu syarikat yang berdaftar untuk menjalankan industri ternakan ayam di DUN Tanjung Sepat?
-
Apakah mekanisme yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk tidak memastikan tiada gangguan vektor lalat di sekitar reban-reban ternakan ayam?
-
Apa yang boleh dilakukan oleh orang awam untuk melaporkan masalah kebersihan dan gangguan vektor lalat dari industri ini?
24) KEHADIRAN MB & EXCO DALAM MESYUARAT EXCO DAN MTES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Meminta senarai kehadiran MB & EXCO dalam mesyuarat EXCO dan MTES pada tahun 2012.
24) ANAK PRASEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto ini selepas PRU-13?
-
Nyatakan statistik jumlah pra-sekolah milik kerajaan, politik dan swasta di Selangor?
-
Berapakah bilangan anak yang menduduki pra-sekolah 2013?
24) PERMOHONAN TAPAK PERKUBURAN CINA TG. SEPAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini bagi perkara di atas?
-
Bilakah kelulusan dapat diperolehi?
24) PENGURUSAN JMB-MC
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kawasan rumah flat kos rendah yang mengalami masalah disebabkan JMB/MC yang tidak berfungsi mengikut DUN?
-
Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan JMB/MC yang tidak aktif?
-
Adakah Kerajaan merancang untuk mengambil alih kos pengurusan jalan dan longkang di sekeliling flat kini bawah tanggungjawab JMB/MC?
24) GARIS KEMISKINAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar garis kemiskinan terkini negeri Selangor?
-
Bagaimanakah kadar ini dikira dan apakah formula atau faktor yang menjadi pertimbangan?
24) KEMUDAHAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah hospital/klinik di Selangor mengikut daerah?
-
Berapakah peratus antara jumlah hospital adalah awam? Sila bekalkan butiran
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat Selangor mendapat perkhidmatan kesihatan yang mencukupi?
