23) PENYENGGARAAN JALAN-JALAN NEGERI PERUNTUKAN (MARRIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Peruntukan Dana Sistem Data Jalan Malaysia (MRRES) yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2009 dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan?
-
Sila senaraikan projek-projek MRRES yang telah diluluskan dan dilaksanakan dalam tahun 2009 mengikut senarai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerahdaerah di Selangor
-
Berapakah jumlah peruntukan MRRES yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2010 dan sila senaraikan projek-projek tersebut mengikut senarai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengikut daerahdaerah?
23) PENGURUSAN PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pangsapuri di Selangor yang terletak di bawah seliaan Kerajaan Negeri mengikut PBT?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelenggara pangsapuri tersebut pada tahun 2015?
23) PENDIDIKAN DI KALANGAN OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Gayathri
Kategori:
-
Apakah Peranan Yang Dilaksanakan Oleh Kerajaan Dalam Membantu Pelajar OKU Agar Lebih Mendapat Access Pendidikan Di Sekolah Di Negeri Selangor
-
Adakah Peranan Yang Dilaksanakan Oleh Kerajaan Dalam Membantu Pelajar OKU Agar Lebih Mendapat Access Pendidikan Di Sekolah Di Negeri Selangor
-
Peranan Yang Dilaksanakan Oleh Kerajaan Dalam Membantu Pelajar OKU Agar Lebih Mendapat Access Pendidikan Di Sekolah Di Negeri Selangor
23) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan punca-punca penutupan loji rawatan air Semenyih pada September 2016 dan impaknya.
-
Nyatakan langkah-langkah penguatkuasaan yang telah diambil.
-
Adakah kilang-kilang di sepanjang Sungai Semenyih dan Sungai Langat mengemukakan laporan pelepasan seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekitar? Lampirkan laporan.
23) PERUNTUKKAN INFRASTRUKTUR SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah RM14 juta yang diperuntukkan tahun ini digunakan untuk Smart Digital Eco-System? Sila berikan pecahan perbelanjaan
-
Bagaimanakah RM8 juta yang diperuntukkan tahun ini digunakan untuk Internet of Things (IoT)? Sila berikan pecahan perbelanjaan
23) PELANTIKAN MPKK KURANG BERKELAYAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria perlantikan MPKKK di Negeri Selangor bagi mengelakkan MPKK dilantik daripada kalangan asnaf dan kurang berkelayakan untuk memimpin kampung?
-
Adakah kriteria itu mampu untuk melahirkan MPKK yang responsif dan cekap dalam menerima aduan rakyat?
23) PELABURAN MASUK KE SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci status terkini pelaburan di Selangor mengikut daerah.
-
Nyatakan perbandingan jumlah pelaburan Selangor dengan negeri-negeri lain di Malaysia sehingga Julai 2018.
23) PADANG CERGAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah padang cergas yang dinyatakan dalam pelan tindakan 5 tahun Kerajaan Negeri telah dibina setakat ini dan sila menyenaraikan kawasan- kawasan di mana padang cergas telah dibina.
-
Bilakah padang cergas akan dibina di kawasan Pandamaran?
23) KEBAJIKAN DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar kemiskinan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri Selangor, untuk bandar dan luar bandar?
-
Kemiskinan di Selangor telah mencapai 0% pada 2016, apakah kayu ukur yang digunakan bagi mengukur pencapaian ini?
-
Apakah program-program bantuan yang dilaksanakan sehingga matlamat ini tercapai, nyatakan?
23) CAGARAN PEMASANGAN IKLAN DAN PEMBERSIHAN PILIHANRAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa jumlah cagaran yang telah PBT kutip untuk pembersihan pilihanraya.
-
Nyatakan parti dan calon yang telah telah gagal menuntut cagaran dengan sebab.
