23) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGARAH DI BADAN-BADAN BERKANUN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan senarai terkini ahli-ahli lembaga di setiap badan-badan berkanun Selangor
-
Sila senaraikan pakej terkini untuk pengerusi dan ahli-ahli lembaga pengarah di setiap badan berkanun - gaji, elaun dan share option (jika ada)
23) KEMUDAHAN WIFI MELALUI DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lokasi perkhidmatan WiFi seluruh Selangor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam menjadikan pusat khidmat ADUN hub perkhidmatan WiFi menurut DUN?
-
Berapakah lokasi perkhidmatan WiFi percuma yang boleh disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi setiap DUN di seluruh Selangor?
23) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR SELEPAS PENULARAN PANDEMIK COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah awal Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur asing melabur dan relocate aktiviti perniagaan mereka di Negeri Selangor khususnya selepas dunia dilanda penularan pandemik COVID-19 ?
23) GUGUSAN INDUSTRI TERPILIH DAN INDUSTRI PERKHIDMATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana untuk pelaksanaan Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan dilaksanakan di Rawang?
-
Apakah yang telah dilaksanakan untuk Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan di Rawang?
-
Nyatakan jadual perancangan untuk perlaksanaan Gugusan Industri Terpilih dan Industri Perkhidmatan di Rawang.
23) KONSEP KETELUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah penjimatan perbelanjaan pengurusan oleh Kerajaan Negeri sejak konsep ketelusan dipraktikkan ?
-
Sila nyatakan jumlah penjimatan pembangunan yang diperolehi melalui konsep ketelusan sejak 5 tahun yang lalu ?
-
Sila nyatakan apakah kaedah yang akan dilaksanakan demi memperkasakan penghayatan sektor awam terhadap konsep ketelusan dan kebertanggungjawaban ?
23) BANTUAN MANGSA BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Difahamkan ada bantuan banjir pada awal tahun 2011 belum lagi diterima oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat?
-
Senaraikan jumlah peruntukkan bencana banjir yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri mengikut setiap daerah.
23) STATUS TANAH DI KAWASAN LAPANG JALAN PERDANA 6/2
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status tanah di kawasan lapang tersebut?
-
Pihak manakah yang sedang memohon tapak tersebut dan apakah tujuannya?
23) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi terkini akaun bersatu dan dalam simpanan rizab Kerajaan Negeri sehingga September tahun 2019?
-
Nyatakan perbezaan dari tahun 2017, 2018 dan sehingga september 2019 rizab Kerajaan Negeri Selangor?
23) KAWASAN PERKUBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Kawasan perkuburan Islam banyak yang telah penuh dan ada yang tidak terurus, Traktor yang digunakan untuk menggali dan menimbus kubur berkeadaan usang. Berikutan penduduk yang semakin ramai maka kawasan baru telah di buka untuk menampung keperluan masa kini dan ada kawasan yang berlembah dan berair. Ini telah menyulitkan dan menggendalakan urusan pengebumian. Apakah peranan PBT dan Majlis Tempatan dalam menangani permasalahan ini.
-
Disarankan MAIS atau Zakat membantu untuk menyediakan traktor untuk kegunaan pengebumian jenazah menjadi lancar.
23) KAMPUNG BARU CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan pembangunan infrastruktur bagi Kampung - kampung Baru Cina sejak pemerintahan Pakatan Rakyat?
-
Apakah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan kampung-kampung tersebut? Sila berikan pecahan mengikut pembangunan infrastruktur yang telah diberi sejak pemerintahan PR?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan-rancangan khusus untuk menambah-baikkan kampung-kampung ini?
