24) KEHADIRAN MB & EXCO DALAM MESYUARAT EXCO DAN MTES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Meminta senarai kehadiran MB & EXCO dalam mesyuarat EXCO dan MTES pada tahun 2012.
24) PENGURUSAN JMB-MC
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kawasan rumah flat kos rendah yang mengalami masalah disebabkan JMB/MC yang tidak berfungsi mengikut DUN?
-
Apakah usaha Kerajaan untuk menyelesaikan JMB/MC yang tidak aktif?
-
Adakah Kerajaan merancang untuk mengambil alih kos pengurusan jalan dan longkang di sekeliling flat kini bawah tanggungjawab JMB/MC?
24) ANAK PRASEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto ini selepas PRU-13?
-
Nyatakan statistik jumlah pra-sekolah milik kerajaan, politik dan swasta di Selangor?
-
Berapakah bilangan anak yang menduduki pra-sekolah 2013?
24) INISIATIF SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek dan pencapaian Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sejak pertubuhannya
-
Apakah perkembangan dengan pembangunan Smart Digital Eco-system yang bernilai RM14 juta (Bajet 2017)?
-
Apakah perkembangan sistem iClean Selangor yang bernilai RM45 juta (Bajet 2017)?
24) PELABURAN & PERDAGANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Bagaimana kah kita menjalankan Òproses pemilihan pelaburÓ bagi pelaburpelabur yang ingin melabur di negeri Selangor. Apakah pula kriteria pelabur yang kita terima?
-
Apakah pula insentif yang kita berikan kepada mereka?
-
Berapa banyak kah pelabur dari timur tengah yang telah melabur atau akan melabur di negeri Selangor?
24) PENJAJARAN PROGRAM-PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR) NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap penjajaran semula Program-Program IPR Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memaklumkan kepada umum mengenai Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat yang telah diberhentikan?
24) HUTAN RIZAB DAN HUTAN SIMPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapa keluasan liputan hutan simpan dalam negeri Selangor dalam julat masa 2000- 2007?
-
Berapakah keluasan hutan simpanan dan hutan simpanan kekal yang telah digazet semula untuk tukar syarat guna tanah dalam tempoh masa 2000-2007?
-
Apakah nama syarikat dan individu yang telah diberi hak pemilikan bagi tanah hutan simpanan yang ditukar syarat guna tanah tersebut?
24) ISU PERUMAHAN DAN WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan sedar bahawa wabak denggi banyak dilapurkan berlaku dikawasan apartment atau taman-taman perumahan bukan dikawasan-kawasan kampung?
-
Difahamkan Kerajaan telah meluluskan peruntukan khas bagi pencegahan denggi sebanyak RM10K setahun bagi satu DUN?
-
Jika ia, sila nyatakan kedudukannya pada masa ini?
24) KERETA-KERETA YANG DIPERTUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PEGAWAI DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menggantikan kereta-kereta baru kepada semua Pegawai Daerah dan YDP pihak berkuasa tempatan memandangkan kereta-kereta mereka telah berumur lebih kurang 8 tahun selaras dengan Selangor sebuah Negeri Maju Jaya.
24) MAKLUMAT PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan data-data pelabur dan pelaburan lengkap yang diterima oleh Selangor berbanding negeri-negeri lain sejak tahun 2000 hingga kini?
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelaburan tinggi diterima?
