Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
13) JUMLAH PERBELANJAAN MAJLIS PERAYAAN DI PERINGKAT NEGERI DAN PBT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah perbelanjaan yang terlibat dalam setiap majlis perayaan di peringkat negeri dan PBT sejak tahun 2008.
-
Sila bandingkan kos-kos yang di belanja dalam majlis perayaan dengan jumlah bajet di setiap PBT
14) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk setiap golongan?
-
Senaraikan peruntukan kepada setiap golongan dan kaum.
15) FRUIT VALLEY
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sejak pemerintahan Pakatan Rakyat dalam negeri Selangor, apakah konsep pengurusan yang terbaru untuk meningkatkan produktiviti Fruit Valley?
-
Sila berikan maklumat terperinci berkenaan usaha sama di Fruit Valley, contohnya pembahagian syer, pelaburan asing yang terlibat dan lain-lain yang sewajarnya.
-
Apakah tindakan pihak kerajaan negeri untuk melibatkan lebih ramai orang tempatan dalam pembangunan Fruit Valley, terutamanya dalam keadaan ekonomi sebegini?
16) PAJAKAN TANAH
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria dan syarat supaya seseorang dapat menikmati pemilikan tanah secara tetap / selamanya ataupun secara pajakan?
-
Adakah faktor-faktor sejarah dan perlembagaan diambil kira apabila keputusan untuk mempertimbangkan hak-hak individu pemilik?
17) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri pernah berjanji akan mengadakan program khas bagi meningkatkan pendapatan belia ke RM 1, 500 sebulan dan pendaftarannya adalah secara terbuka seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B Menteri Besar. Berapa ramai yang telah mendaftar untuk program ini?
-
Berapa ramaikah belia yang telah berjaya mendapat pendapatan RM 1, 500.00 sebulan dari program ini?
18) OPERASI MENGOSONG DAN MERUNTUH RUMAH/PONDOK SERTA MENGHENTIKAN AKTIVITI PENTERNAKAN DAN TANAMAN DALAM HUTAN SIMPAN RAJA MUSA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan sebenar kawasan tanaman yang dimusnahkan oleh Penguatkuasa Kerajaan Negeri?
-
Apakah tindakan undang-undang yang diambil ke atas peneroka-peneroka berkenaan?
-
Berapakah jumlah pampasan yang diberikan kepada peneroka-peneroka di kawasan berkenaan yang kehilangan sumber pendapatan?
19) ISU PERPINDAHAN SETINGGAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Mengenai isu program perpindahan setinggan Kg Bunga Raya yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Apakah perkembangan terkini program perpindahan tersebut?
20) MENINGKATKAN INTEGRITI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tahap integriti di kalangan kakitangannya?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri jika terdapat kebocoran maklumat Kerajaan Negeri yang dilakukan oleh kakitangannya?
-
Bagaimanakah penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pentadbiran Kerajaan Negeri?
21) PERUNTUKAN HAL EHWAL SELAIN ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan Hal Ehwal selain Islam yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam tahun 2008.
-
Sila kemukakan butiran terperinci dan senarai kesemua organisasi selain Islam yang mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri pada tahun 2008.
-
Sila nyatakan selepas 8 Mac yang lalu berapakah jumlah geran tanah telah diluluskan kepada rumah ibadat selain Islam. Sila berikan butir-butir.
22) SISTEM PENGANGKUTAN BANDARAYA
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah -langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaiki sistem pengangkutan awam secara keseluruhannya
-
Oleh kerana perkhidmatan bas dijalankan oleh pihak swasta, maka perkhidmatan mereka bergantung kepada sama ada sesuatu lokasi perhentian dan laluan dapat mengaut keuntungan. Syarikat swasta tidak rela memberi perkhidmatan sebagai tanggungjawab sosial. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk memulakan sistem bas kepunyaan kerajaan yang dapat lalui semua lokasi penghuni demi melengkapkan kekurangan ini di Selangor