32) KUARI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah hasil daripada perlombongan kuari dan pasir dalam tahun 2008- 2009?
-
Apakah permintaan dan unjurannya dalam tahun 2008-2015?
-
Apakah sistem pemantauan yang sedia ada dan tindakan selanjutnya untuk mengelakkan ketirisan dan perlombongan tanpa kebenaran?
32) GOLONGAN MISKIN DAN ASNAF YANG MENERIMA BANTUAN DARIPADA JKM DAN LZS DI DUN KAMPUNG TUNKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Memohon kerajaan memberi maklumat terperinci tentang semua pemohon bantuan daripada JKM dan LZS yang beralamat di kawasan Seksyen 20, Seksyen 21, Seksyen 22, SS1, SS3, SS9A, Kampung Baru Seri Setia, (Sungai Way) dan nyatakan status permohonan mereka dengan terperinci
32) KADAR CUKAI PINTU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah kadar cukai pintu yang dikenakan terhadap kawasan industri mengikut PBT di Negeri Selangor daripada tahun 2007-2009?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menilai semula kadar cukai pintu yang sedia ada sama ada membebankan rakyat atau tidak?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil pendapatan PBT selain melalui kutipan cukai pintu?
32) PROJEK RIVER OF LIFE (ROL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek ROL?
-
Nyatakan secara terperinci peranan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan projek tersebut?
32) PERUNTUKAN JKM NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk peruntukan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan permohonan bantuan yang dikeluarkan?
-
Bolehkah disenaraikan perbelanjaan yang dikeluarkan mengikut jenis bantuan yang dikeluarkan?
32) KELULUSAN LESEN MENDIRIKAN RUMAH IBADAT ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mengikut prosedur kelulusan kebenaran membina rumah ibadat untuk orang Islam dan bukan Islam?
-
Berapakah jumlah kelulusan yang telah dikeluarkan mengikut agama sejak jun 2018 hingga jun 2019?
-
Berapakah jumlah yang telah diluluskan mengikut Daerah Negeri Selangor?
32) LAPORAN KEWANGAN MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan laporan kewangan bagi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bagi dua tahun yang lepas
-
Siapakah pihak yang telah audit laporan kewangan ini?
-
Sila berikah tarikh-tarikh laporan kewangan ini dibentangkan kepada MMKN
32) KEBAJIKAN PEKERJA LADANG DI KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak pekerja ladang di Selangor dari tahun 2009 hingga 2019 mengikut pecahan kaum di setiap kawasan DUN?
-
Apakah rancangan-rancangan yang bakal diketengahkan oleh kerajaan negeri untuk membantu mempertingkatkan taraf kehidupan golongan pekerja ladang?
32) LEBUHRAYA DASH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan muktamad kerajaan negeri berkenaan pembinaan lebuhraya DASH?
-
Apakah maklum balas kerajaan negeri berhubung memorandum ÒYes To DASHÓ?
32) MASALAH ARAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu penjualan arak di kedai serbaneka/runcit secara haram/tanpa lesen?
-
Adakah PBT mengambil tindakan serius ke atas premis-premis yang menjual arak selepas jam 9 malam?
