32) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tanah-tanah yang dimiliki oleh PKPS di kawasan DUN Rawang.
-
Apakah perancangan atas tanah-tanah tersebut untuk membantu pengusaha pertanian?
-
Apakah perancangan dan pembangunan atas Fruit Valley Selangor?
32) RANCANGAN PEMBESARAN KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah benar kerajaan telah merancang untuk memberi milik tanah-tanah rizab kerajaan untuk dijadikan tapak rumah di bawah rancangan pembesaran kampung seperti contoh tanah seluas 30 ekar di Kampung Sungai Lui batu 23?
-
Jika ya, apakah syarat-syarat permohonannya?
32) BIASISWA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peserta yang telah memohon dan berjaya menyertai Program Khas Biasiswa Selangor Bitara?
-
Berapakah kos yang telah dikeluarkan untuk program ini?
-
Apakah rancangan Kerajaan untuk program tersebut?
32) RAMPASAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua tanah yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri kerana tidak membayar cukai tanah dalam 3 tahun yang lepas
-
Senaraikan semua tanah yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri kerana sebab lain dalam 3 tahun yang lepas. Sila beri sebab rampasan dibuat
-
Apakah prosedur Kerajaan Negeri untuk merampas tanah di mana rumah atas tanah tersebut adalah dalam keadaan terbiar dan usang?
32) PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bantuan kerajaan negeri kepada pekerja ladang di Selangor pada tahun 2014 mengikut PBT?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pekerja ladang pada tahun 2015?
32) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor memberi kemudahan wifi di sekitar flat ataupun pangsapuri?
-
Berapa kelajuan wifi yang ditawarkan kepada pengguna di sekitar flat/pangsapuri?
32) SKIM CERIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pencapaian Skim CERIA dari tahun 2014-2016
-
Nyatakan peruntukan untuk melaksanakan Skim CERIA dari 2014-2016
32) BERKOMUNIKASI MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah ahli-ahli dewan tidak diberitahu hal-hal atau perkara-perkara yang berlaku dalam kawasan masing-masing terutamanya oleh pihak berkuasa tempatan?
-
Patutkah tidak ahli-ahli dewan dimaklumkan berkenaan segala aktiviti atau pelan yang melibatkan kawasan masing-masing sebelum keputusan dibuat?
-
Adakah pihak kerajaan negeri akan mengeluarkan arahan kepada semua pejabat- pejabat dan atau badan-badan kerajaan negeri supaya segala maklumat yang melibatkan kawasan seseorang ahli dewan diberikan dan penglibatan ahli dewan diwajibkan sebelum sebarang keputusan dilakukan?
32) BANTUAN KEPADA PETANI DAN NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan yang diberi kepada petani dan nelayan?
32) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah permohonan bantuan rumah kerajaan prihatin yang diterima bagi daerah Klang bagi tempoh 2008 hingga 2010. Berapakah permohonan yang berjaya dilaksanakan bagi tempoh tersebut
