31) BANGUNAN TEATER DICEROBOH

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009 berkenaan Majlis Bandaraya Shah Alam di muka surat 79: Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bangunan belum beroperasi walaupun sudah siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2008?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah kerugian yang ditanggung akibat aktiviti ceroboh tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan taraf teater, kesenian dan kebudayaan di Negeri Selangor dengan beroperasinya teater itu kelak?

    Klik jawapan »

31) PENEROKA BANDAR (SETINGGAN)

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri dulu telah memberikan bayaran ganti rugi sebanyak RM7000 kepada para peneroka Bandar (setinggan) yang dipindahkan melalui 'Setinggan Sifar', tetapi bayaran ini ditarik balik apabila para peneroka Bandar mempertikaikan pengimplementasian polisi 'Setinggan Sifar " dan pengusiran paksa di Mahkamah . Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membayar semula ganti rugi tersebut kepada mereka yang telah dinafikannya?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan PBT menggunakan Ordinan Darurat , 1969 untuk melaksanakan pengusiran paksa ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyediakan perumahan kos rendah yang mencukupi agar para peneroka Bandar ( setinggan ) dapat membelinya pada masa terdekat ?

    Klik jawapan »

31) Pelaburan Domestik

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Berapakah nilai pelaburan yang masuk ke Negeri Selangor sejak Januari 2020 hingga sekarang mengikut kategori dan jenis pelaburan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan pelaburan di Selangor sentiasa diyakini oleh pelabur?

    Klik jawapan »

31) PASAR AWAM DUN SENTOSA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membina pasar awam di DUN Sentosa?

    Klik jawapan »

31) MASALAH BANJIR DI SUNGAI RASA, SHAH ALAM YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah banjir ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa kos keseluruhan untuk program tebatan banjir ini?

    Klik jawapan »

  3. Berapa peratus kos ini telah digunakan?

    Klik jawapan »

31) AHLI MAJLIS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan Ahli Majlis yang baru dilantik mengikut PBT dan asas pemilihan mereka?

    Klik jawapan »

  2. Apakah bentuk kemudahan dan elaun yang dinikmati oleh mereka?

    Klik jawapan »

  3. Sejauh manakah keberkesanan sumbangan mereka terhadap pembangunan masyarakat Bandar?

    Klik jawapan »

32) PENGERUSI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan bagaimanakah pencapaian prestasi Pengerusi JKKK Kampung tradisi , Kampung Baru dan Bagan serta Kampung tersusun ?

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan apakah bentuk usaha yang dijalankan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan peranan dan mutu perkhidmatan mereka terhadap masyarakat setempat

    Klik jawapan »

  3. Apakah pihak Kerajaan mempunyai perancangan secara holistik untuk meningkatkan kebajikan Pengerusi JKKK termasuk menaikkan elaun yang sedia ada dan juga memberi ganjaran kepada mereka yang dapat menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang ?

    Klik jawapan »

32) TANAH KUIL HINDU SRI MAHA MARIAMMAN DI SS1, PETALING JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Kuil Hindu Sri Maha Mariamman di SS1, Petaling Jaya, telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Bolehkah kerajaan memberi jaminan bahawa Kuil Hindu Sri Maha Mariamman SS1, Petaling Jaya, akan diberi satu tempat untuk mendirikan kuil mereka?

  2. Sama ada masih terdapat tanah kerajaan yang boleh diperuntukkan kepada pembinaan kuil Hindu ini di Daerah Petaling?

32) Agrosel

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Apakah fungsi sebenar Agrosel dan berapakah jumlah peruntukan dan juga aset semasa Agrosel ini dan sejauh manakah Agrosel telah berjaya membantu para petani di Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

32) HAL EHWAL SELAIN ISLAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah tanah yang diperuntukkan bagi rumah ibadat bukan Islam?

    Klik jawapan »

  2. Senaraikan purata keluasan tanah yang telah diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam.

    Klik jawapan »