31) STATUS MPKK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah status MPKK setelah kerajaan Pakatan Harapan pusat bertukar kepada Perikatan Nasional?
-
Adakah pengerusi dan ahli jawatankuasa MPKK yang sebelum ini daripada parti bersatu ditukar kepada pengerusi yang baru dalam kalangan pakatan harapan?
31) KEPUPUSAN KELIP-KELIP
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Laporan Ketua Audit Negara Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2008, muka surat 56: ÒPada pendapat Audit, aktiviti ekonomi pertanian telah mengakibatkan alam sekitar di Kampung Kuantan telah terancam dan memberi kesan kepupusan kelip-kelip di kawasan iniÓ. Tidak terdapat ulasan daripada Jabatan dalam Memorandum Laporan Ketua Audit Negara 2008 Selangor. Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh Jabatan untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah jenis-jenis aktiviti ekonomi pertanian yang dijalankan di kawasan terbabit?
-
Apakah polisi dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam hal ini?
31) WABAK DENGGI DI KAWASAN HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kes denggi di Hulu Langat menjadi tempat tertinggi di Malaysia. Mengapakah Daerah Hulu Langat berterusan tertinggi dengan kes-kes denggi
-
Apakah tindakan bagi mengurangkan kes-kes denggi di Hulu Langat
-
Sejauh manakah kajian saintifik dibuat bagi mengurangkan kes denggi dari berlaku?
31) BILLBOARDS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria-kriteria atau garis-panduan yang dikenakan kepada billboards yang dipasang di seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri Selangor terhadap billboards yang masih memaparkan wajah-wajah warga asing yang kadang-kadang membawa imej dan budaya yang bukan melambangkan malah mencemarkan budaya kita?
31) ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Mengapakah banyak Ôrecycle binÕ kerajaan Negeri telah tergendala di Petaling Jaya?
-
Adakah ia akan di roboh supaya tidak menjadi tempat membuang sampah? (kontraktor sampah PBT tidak mengutip sampah dalam Ôrecycle binÕ.)
31) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah aduan kes berkenaan (pot-hole) yang diselesaikan oleh pihak MPK di DUN Sentosa?
-
Sejauh manakah keberkesanan lantikan kontraktor KDEB daripada PBT Kerajaan Negeri Selangor?
31) KEDAI TANPA LESEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Di Meru sahaja mempunyai lebih 100 kedai Tomyam yang beroperasi 4.00ptg- 2.00pg. Kebanyakan kedai dipunyai oleh warga Asing seperti Thailand dan Indonesia tanpa lesen dan ubat pelalian. Berapakah bilangan kedai tomyam yang mempunyai lesen perniagaan sah dari MPK?
-
Apakah tindakan MPK mengatasi masalah ini?
31) PENGURUSAN SAMPAH DI KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan masih meneruskan cadangan untuk menguruskan masalah sampah pepejal di setiap kampung yang teruk menghadapi masalah tersebut sekarang?
-
Jika ya, bilakah akan dimulakan dan pihak mana yang akan dipertanggungjawabkan?
31) JALAN PERSEKUTUAN FT001
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai kontaktor yang dilantik dan pengambilan tanah bagi kerja-kerja naiktaraf termasuk pelebaran jambatan di Jalan Persekutuan FT001 berdekatan Batang Kali bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan yang semakin serius?
31) PENJAGAAN KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bilakah program pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat bagi lelaki akan dimulakan?
-
Bilakah Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta akan dimulakan?
-
Apakah unjuran pertambahan peruntukan yang akan disalurkan bagi tempoh 5 tahun?
