31) PENEROKA BANDAR (SETINGGAN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri dulu telah memberikan bayaran ganti rugi sebanyak RM7000 kepada para peneroka Bandar (setinggan) yang dipindahkan melalui 'Setinggan Sifar', tetapi bayaran ini ditarik balik apabila para peneroka Bandar mempertikaikan pengimplementasian polisi 'Setinggan Sifar " dan pengusiran paksa di Mahkamah . Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membayar semula ganti rugi tersebut kepada mereka yang telah dinafikannya?
-
Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengelakkan PBT menggunakan Ordinan Darurat , 1969 untuk melaksanakan pengusiran paksa ?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menyediakan perumahan kos rendah yang mencukupi agar para peneroka Bandar ( setinggan ) dapat membelinya pada masa terdekat ?
31) TIBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah kes TIBI yang berlaku di Selangor dari tahun 2015 hingga 2019 mengikut PBT.
-
Nyatakan langkah-langkah kerajaan negeri yang dapat mengurangkan penyakit TIBI.
31) AHLI MAJLIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli Majlis yang baru dilantik mengikut PBT dan asas pemilihan mereka?
-
Apakah bentuk kemudahan dan elaun yang dinikmati oleh mereka?
-
Sejauh manakah keberkesanan sumbangan mereka terhadap pembangunan masyarakat Bandar?
31) MASALAH BANJIR DI SUNGAI RASA, SHAH ALAM YANG TIDAK BERKESUDAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi masalah banjir ini?
-
Berapa kos keseluruhan untuk program tebatan banjir ini?
-
Berapa peratus kos ini telah digunakan?
31) SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
YAB Dato' Menteri Besar mahukan masalah sampah diselesaikan dalam masa 3 bulan, apakah bentuk pendekatan yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut?
-
Sekiranya gagal apakah langkah seterusnya?
-
Apakah status perkembangan terkini permasalahan tersebut sama ada positif atau negatif?
31) RIZAB NEGERI MELEBIHI RM2.62 BILION
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagaimana dan apakah sumber-sumber yang membolehkan rizab negeri mencatat lebih RM2.62 bilion pada akhir tahun 2012?
-
Apakah pecahan-pecahan rizab RM2.62 bilion ini dalam bentuk tunai, bukan tunai dan lain-lain?
-
Berapakah unjuran rizab negeri pada akhir tahun 2013?
31) PTD HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor telah mengemukakan kertas ringkasan bagi Projek Pembesaran Kampung Melayu Rasa (Desa Rening Jaya) kepada MMKN pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat membaikpulih Rumah DO yang usang tapi tinggi nilai sejarahnya?
31) PEMBANGUNAN KAMPUNG-KAMPUNG BARU DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Meminta kerajaan menyatakan jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan kepada pembangunan kampung-kampung baru di Selangor sejak tahun 2008 hingga sekarang dan berikan pecahan mengikut kampung masing-masing.
31) PEMBANGUNAN PELANCONGAN DI SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Pernahkah kawasan Sekinchan dikenal pasti dan diberi pertimbangan sebagai satu kawasan bagi tujuan pembangunan pelancongan?
-
Kalau ya, apakah pelan tindakan untuk membuat sedemikian?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai dana untuk pembangunan sebegini di kawasan yang baru dan kalau ya, berapa banyak yang telah dibekalkan?
31) BAIKPULIH LONGKANG DAN PARIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri membelanjakan sepenuhnya peruntukan untuk baikpulih longkang dan parit di Selangor pada tahun 2015?
-
Senaraikan kerja baikpulih yang telah dilaksanakan mengikut PBT
