35) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek perumahan terbengkalai pada tahun 2008?
-
Berapa banyak projek perumahan terbengkalai telah di siapkan sepanjang 2008 hingga 2017
-
Apakah tindakan di ambil ke atas pemaju yang gagal menyiapkan projek?
35) PUSAT KEBUDAYAAN INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah status perancangan untuk mewujudkan Pusat Kebudayaan India?
35) AIR MINERAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Program Merakyatkan Ekonomi Selangor juga melibatkan peningkatan hasil bahanbahan mineral. Apakah air mineral juga termasuk dalam kategori bahan-bahan mineral?
-
Apakah dasar dan program kerajaan untuk meningkatkan hasil daripada air mineral?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil negeri melalui perusahaan air mineral?
35) KILANG HARAM (TIDAK BERLESEN) DI SELURUH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti mempunyai banyak kilang-kilang haram
-
Pihak kerajaan Negeri telah mengadakan program bagi pemilik-pemilik kilang yang tidak berlesen supaya mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen. Sila kemukakan jumlah permohonan yang diterima dan yang telah diluluskan
-
Terdapat banyak aduan diterima dari pemilik-pemilik kilang tersebut bahawa jumlah premium yang dikenakan adalah terlalu tinggi. Sila nyatakan secara terperinci mengenai kriteria yang diambil serta asa kiraan yang digunakan dan langkah-Iangkahyang diambil untuk mempercepatkan proses permohonan
35) KEBENARAN MERANCANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan semua Kebenaran Merancang untuk Pangsapuri Perkhidmatan dan Kediaman berdensiti tinggi di Negeri Selangor untuk tahun 2016 dan 2017.
-
Sila butirkan bilangan unit kediaman bagi setiap kelulusan tersebut
35) PENGURUSAN SAMPAH DI MPKJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan kontraktor pembersihan MPKj dan berapa peruntukan yang telah dikeluarkan bagi pengurusan sampah oleh MPKj?
-
Apakah tindakan yang diambil bagi mengatasi pembuangan sampah haram yang berulang-ulang?
35) POTENSI PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan potensi pendidikan anak-anak Selangor, dan menarik lebih ramai pelajar khususnya bagi institusi UNISEL dan KUIS?
-
Berapakah jumlah pelajar di kedua-dua institusi berkenaan?
-
Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini?
35) PREMIS MAKANAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan secara terperinci jumlah operasi penggredan premis makanan dari tahun 2014-2015?
-
Berapakah jumlah premis perniagaan yang diarahkan tutup dari tahun 2014- 2015 di Selangor?
35) PENCAPAIAN ONE STOP CENTRE UNTUK WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Penghuraian daripada Exco Wanita dan Kesihatan tentang pencapaian One Stop Centre di pusat perubatan
-
Perancangan Kerajaan Negeri tentang penambahan lokasi pemeriksaan mamogram mengikut daerah PBT untuk meningkatkan frekuensi pemeriksaan
-
Statistik 2013-2014 bagi wanita yang mendapatkan khidmat pemeriksaan mammogram.
36) PEMBENIHAN AWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melakukan pembenihan awan bagi mengatasi masalah jerebu dan kemarau pada masa akan datang?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk melakukan kerjasama pembenihan awan dengan pihak luar?
