36) PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk program SPIES di negeri Selangor?
-
Senaraikan konsultan yang terlibat dalam penganjuran program SPIES dan tempoh kontrak
-
Apakah pencapaian program SPIES sejak pelancarannya dalam menilai prinsip-prinsip kerajaan Pakatan Rakyat?
36) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Penjelasan mengenai WiFi percuma terutama bila dan di mana 2,500 hotspots boleh digunapakai serta perincian perjanjian komersil dengan Telekom Malaysia seperti kos keseluruhan, tempoh kontrak, jenis caj, jenis perkhidmatan, jenis dan hak milik infrastruktur.
36) PEMAJU DAN PEMBANGUNAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah proses penyerahan oleh pemaju kepada pihak PBT dan apakah tindakan yang diambil oleh PBT terhadap pemaju yang bermasalah sehingga berpuluh tahun gagal meyerahkan kepada pihak PBT sehingga memberi kesan kepada pemilik/pembeli?
36) KUMPULAN SEMESTA SENDIRIAN BERHAD (KSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan butiran terperinci jumlah keuntungan KSSB pada tahun 2014?
-
Berapakah royalti pasir yang dibayar kepada kerajaan negeri pada tahun 2014 oleh KSSB?
36) PROGRAM PENGASINGAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pengasingan sampah?
-
Apakah anggaran kos yang boleh dijimatkan lepas melaksanakan pengasingan sampah?
-
Apakah halangan untuk perlaksanaan pengasingan sampah?
36) STATUS JAMBATAN KETIGA KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah status kerja-kerja pembinaan jambatan ketiga Klang?
36) TANAH REZAB PERKUBURAN DI HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini pewartaan tanah rezab perkuburan di Bernam Jaya yang seluas 55 ekar yang diserah oleh pihak PKNS.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Perkuburan Bersepadu Bernam Jaya untuk orang Islam dan bukan Islam? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri supaya tanah perkuburan kaum India di Kalumpang dan Kerling diuruskan dengan baik?
36) PERANAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN DALAM PENGANGKUTAN AWAM NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Walaupun kini terdapatnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat yang akan menyelaraskan kesemua sistem pengangkutan Awam , tetapi pihak Negeri juga harus bertindak menyediakan perkhidmatan bas yang mencukupi . Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan sistem perkhidmatan basnya yang tersendiri ?
-
Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan boleh menjadi penggerak utama untuk melaksanakan suatu perkhidmatan bas yang cekap di bandar ?
36) KEDAI JUDI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Kedai judi Magnum, Sports Toto dll dikunjungi oleh orang Islam di kawasan kepadatan orang-orang Melayu kenapa tiada tindakan langsung dari Majlis Agama Islam terhadap mereka-mereka ini.
36) AKTIVITI BUDAYA DAN SENI
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan pementasan teater bagi karya-karya sasterawan negara, persembahan simfoni Selangor dan pameran seni halus seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2018 Negeri Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengadakan program-program pembangunan bakat muda yang berkaitan dengan penulisan kreatif yang diilhamkan oleh karya Rehman Rashid seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2018 Negeri Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
