36) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa kilang yang masih belum diselesaikan bawah program Pemutihan Kilang?
-
Nyatakan berapa kilang haram yang telah diselesaikan sejak tahun 2008 sehingga kini mengikut DUN?
36) STATISTIK ADUAN MBPJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila beri statistik aduan yang diterima oleh MBPJ untuk tahun 2012-14 mengikut jenis aduan.
-
Sila beri statistik aduan yang diterima oleh MBPJ untuk tahun 2012-14 mengikut zon ahli majlis
-
Sila beri statistik aduan yang diterima oleh MBPJ untuk tahun 2012-14 mengikut cara aduan diterima (email, telefon, dsb)
36) PEMBERIAN TONG SAMPAH PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kutipan 20 sen bagi setiap beg plastik terkumpul sehingga kini dan di manakah wang tersebut dibelanjakan?
-
Mampukah kutipan 20 sen bagi setiap beg plastik disalurkan kepada PBT berstatus Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah bagi sumbangan tong sampah percuma kepada penduduk?
36) CUKAI TANAH BERGANDA DI TAMAN BUKIT SEMENYIH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mengapa sebahagian pemilik rumah Fasa 3 Taman Bukit Semenyih perlu membayar dua cukai tanah untuk sebuah rumah kediaman di samping cukai taksiran tahunan?
-
Bagaimana Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dapat menyelaraskan cukai tersebut yang dilihat tidak adil kepada mereka?
36) POLISI JELAS UNTUK ORANG ASLI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Pendirian Kerajaan Negeri menghormati tanah adat Orang Asli adalah membanggakan. Kerajaan Negeri juga ada berusaha untuk mengenal pasti komuniti Orang Asli di sekitar Selangor ÔmappingÕ. Apakah perancangan lanjutan selepas usaha mengenal pasti Ômapping Ô itu dijalankan?
-
Apakah polisi keseluruhan Kerajaan Negeri untuk Orang Asli di Selangor ?
36) KEMUDAHAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri untuk pembangunan sukan di Selangor?
-
Berapakah peruntukan bagi setiap DUN untuk pembangunan sukan?
-
Apakah hasrat Kerajaan Negeri bagi menyediakan kemudahan sukan diluar bandar seperti DUN Jeram?
36) PEMULIHARAAN HUTAN BAKAU DI PESISIR PANTAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Senaraikan menurut daerah keluasan kawasan bakau yang dipulihara ataupun ditanam semula pada tahun 2016.
-
Senaraikan menurut daerah kawasan bakau yang direkodkan telah musnah.
-
Apakah polisi mengharamkan bahan bakar berasaskan bakau mampu menjamin kekalnya semua spesies bakau?
36) HAKMILIK STRATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Terangkan prosedur yang lengkap untuk pengeluaran hak milik strata dengan memetik peruntukan undang-undang yang terpakai.
-
Senaraikan permohonan hak milik strata yang masih dalam pemprosesan di Daerah Petaling termasuk tarikh pemaju mengemukakan permohonan dan projek pemajuan.
36) SELANGOR STATE INVESTMENT CENTRE (SSIC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pengurusan SSIC?
-
Apakah matlamat dan objektif SSIC?
-
Sejauh manakah keberkesanan fungsi SSIC?
36) PEMBENIHAN AWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melakukan pembenihan awan bagi mengatasi masalah jerebu dan kemarau pada masa akan datang?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk melakukan kerjasama pembenihan awan dengan pihak luar?
