36) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Terdapat projek perumahan telah terbengkalai sebelum tahun 2008 lagi. Berapa banyak projek terbengkalai di Negeri Selangor, berapa jumlah rumah yang terbengkalai sepanjang tempoh tersebut?
-
Berapa banyak projek perumahan terbengkalai yang telah diselamatkan dan berapa jumlah rumah terbengkalai telah dapat disiapkan semenjak tahun 2008.
-
Apakah langkah Kerajaan untuk memastikan projek terbengkalai tidak berulang lagi.
37) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kilang haram yang belum dan telah diputihkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2010-2012?
-
Apakah polisi kerajaan sekiranya sesuatu kilang haram hendak diputihkan?
-
Adakah kerajaan menetapkan tempoh masa untuk kempen pemutihan kilang haram serta apakah langkah-langkah kerajaan negeri bagi memantau aktiviti pembinaan kilang haram?
37) JPS GOMBAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lokasi yg dikenal pasti di DUN Gombak Setia sebagai tempat banjir kilat?
-
Berapakah peruntukan yang diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut?
-
Adakah permohonan telah dibuat dan diluluskan?
37) PEKERJA ASING DI DUN BALAKONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pekerja asing yang bekerja di kawasan DUN Balakong sejak tahun 2008 hingga 2010?
-
Berapakah anggaran jumlah pekerja asing haram yang masih bekerja pada ketika ini dan dari negara manakah datangnya mereka ini?
-
Apakah langkah-langkah jabatan-jabatan kerajaan bagi mengawal tingkah-laku pekerja asing ini memandangkan pelbagai masalah sosial yang telah ditimbulkan oleh mereka?
37) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan projek-projek yang sedang dijalankan oleh pihak PKPS bagi memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ? Sila berikan butir-butir
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan prestasi pencapaian ladangladang kelapa sawit milik PKPS ?
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai prestasi pencapaian terkini anakanak syarikat milik PKPS ? Sila berikan butir-butir
37) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai perkembangan terkini projek-projek yang telah dilaksanakan melalui Geran Selangorku ?
-
Sila nyatakan apakah kelebihan dan kelemahan perlaksanaan sesuatu projek melalui Geran Selangorku dan kaedah Ðkaedah penambahbaikan yang telah dikenal pasti ?
-
Sila perjelaskan berapakah peratus penjimatan kos keseluruhan projek yang dilaksanakan melalui Projek Geran Selangorku dan bagaimanakah hasil kualiti serta keberkesanannya ?
37) PUSAT KEBUDAYAAN (CULTURAL CENTER)
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah status Pusat Kebudayaan (Cultural Center) Melayu, Cina dan India yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri?
37) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk pembangunan kampung baru Cina? Sila nyatakan dalam bentuk pecahan
-
Apakah masalah pembangunan yang dihadapi oleh kampung baru Cina ini?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?
37) PENCEMARAN SUNGAI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Sungai yang sedia ada perlu dijaga dan mewariskannya kepada generasi akan datang, khususnya dari kawasan Kampung Asahan ke Kuala Sungai Selangor. Sedarkah Kerajaan Negeri berlakunya hakisan tebing sungai dan penceramaran akibat daripada penerokaan/pembersihan tanah termasuk sampah sarap turun naik mengikut arus pasang surut?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi permasalahan tersebut?
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengambil tindakan supaya tidak terjejas aktiviti nelayan sungai dan pelancongan Kelip- Kelip di Kuala Selangor?
37) PEMBERIAN HAKMILIK TANAH (BORANG 5A) KEPADA PENDUDUK- PENDUDUK KAMPUNG CEMPAKA, PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi senarai nama pemohon-pemohon dari Kampung Cempaka, Petaling Jaya yang telah diberi hakmilik tanah melalui Borang 5A yang telah diluluskan oleh kerajaan Selangor bermula tahun 2008 hingga sekarang?
-
Berapa ramai pula pemohon yang masih belum diproses atau sedang diproses? Sila beri senarai dan status permohonan terkini.
