37) KUTIPAN CUKAI PETAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran kutipan cukai petak untuk tahun 2020 dan 2019?
-
Berapakah banyak telah dikutip sehingga sekarang untuk tahun 2020 dan jumlah kutipan untuk tahun 2019?
-
Berapakah banyak jumlah keseluruhan telah dikutip sejak permulaan sehingga sekarang?
37) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk pembangunan kampung baru Cina? Sila nyatakan dalam bentuk pecahan
-
Apakah masalah pembangunan yang dihadapi oleh kampung baru Cina ini?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?
37) PENCEMARAN SUNGAI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Sungai yang sedia ada perlu dijaga dan mewariskannya kepada generasi akan datang, khususnya dari kawasan Kampung Asahan ke Kuala Sungai Selangor. Sedarkah Kerajaan Negeri berlakunya hakisan tebing sungai dan penceramaran akibat daripada penerokaan/pembersihan tanah termasuk sampah sarap turun naik mengikut arus pasang surut?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi permasalahan tersebut?
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengambil tindakan supaya tidak terjejas aktiviti nelayan sungai dan pelancongan Kelip- Kelip di Kuala Selangor?
37) PUSAT SIBER KAFE
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah siber kafe yang berlesen dan beroperasi di Negeri Selangor mengikut PBT?
-
Sila nyatakan apakah kriteria-kriteria yang dikenakan kepada para pengusaha siber kafe dan adakah ia dihadkan pemberian jumlah lesen?
-
Setakat ini bagaimanakah kerja-kerja pemantauan yang dijalankan oleh pihak PBT terhadap pusat siber kafe dan nyatakan apakah kesan sampingan terhadap masyarakat setempat?
37) PEMBERIAN HAKMILIK TANAH (BORANG 5A) KEPADA PENDUDUK- PENDUDUK KAMPUNG CEMPAKA, PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan memberi senarai nama pemohon-pemohon dari Kampung Cempaka, Petaling Jaya yang telah diberi hakmilik tanah melalui Borang 5A yang telah diluluskan oleh kerajaan Selangor bermula tahun 2008 hingga sekarang?
-
Berapa ramai pula pemohon yang masih belum diproses atau sedang diproses? Sila beri senarai dan status permohonan terkini.
37) PROJEK MARRIS – DUN KOTA DAMANSARA N39
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan untuk tempoh 5 tahun lepas bagi DUN Kota Damansara N39 (melibatkan MBSA, MBPJ)?
-
Kemanakah peruntukan tersebut telah digunakan secara terperinci (kawasan,siapa kontraktor dan kos)?
-
Apakah projek yang sedang berjalan dan baki peruntukan untuk tahun 2019?
37) KADAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kadar kelahiran dan kematian di Negeri Selangor pada tahun 2008, 2009 & 2010?
-
Apakah sebab-sebab utama penyebab kematian rakyat di Negeri Selangor pada masa kini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kadar kematian akibat serangan penyakit-penyakit utama?
37) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
-
Sila nyatakan aduan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam mengikut kategori dan jenis aduan daripada tahun 2018 sehingga kini di DUN Sentosa dan nyatakan berapakah jumlah aduan yang dapat diselesaikan oleh pihak MPK dan MBSA?
-
Apakah kaedah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaikpulih masalah infra di jalan-jalan JKR di Daerah Klang?
37) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah perlantikan PeBT akan dibuat bagi penggal ini? Nyatakan penggal baru dan tempoh setiap penggal bagi PeBT.
-
Bagaimana pendekatan PeBT dalam pembangunan golongan belia di Zon yang diwakili?
-
Apa kaitan Selangor Youth Community dengan program belia Kerajaan Negeri Selangor?
37) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman.
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan bagi pembinaan gelanggang tersebut? Sila pecahkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.
