37) KUIL DAN TOKONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah bantuan kewangan yang telah diberikan kepada kuil dan tokong? Sila nyatakan mengikut kawasan DUN, jumlah dan kegunaannya
-
Adakah kerajaan memberi tanah kepada kuil dan tokong. Jika ada sila nyatakan tapak dan saiz
37) PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
MMKN telah membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan PBT tetapi sehingga kini ianya masih belum ditubuhkan. Adakah Jawatankuasa tersebut masih akan ditubuhkan atau ianya akan dibatalkan?
-
Apakah tugas and skop kerja Jawatankuasa tersebut?
37) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB/MC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan dan solusi yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi permasalahan yang timbul di kawasan yang tidak mempunyai Badan Pengurusan Bersama?
37) HUTANG TALAM CORPORATION BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah kutipan hutang daripada Talam Corporation Bhd telah berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri Selangor? Berapakah jumlah kutipan hutang tersebut setakat ini?
37) PREMIS-PREMIS PERJUDIAN DALAM KAWASAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan premis-premis perjudian dalam kawasan PBT-PBT di Negeri Selangor yang telah diluluskan premisnya untuk tahun 2008 dan 2009
-
Berapakah bilangan premis-premis perjudian diluluskan dalam kawasan PBT-PBT sehingga bulan April tahun 2010?
37) SUKMA 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah visi kontinjen Negeri Selangor terhadap Sukma 2015 yang akan datang?
37) PEMBANGUNAN INDUSTRI EKONOMI DIGITAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan industri ekonomi digital di Negeri Selangor?
-
Sejauh manakah tumpuan kepada pembangunan ekonomi digital dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat?
37) GELANGGANG SUKAN FUTSAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukkan diluluskan dalam STANCO Sukan atau disalurkan kepada Pejabat Daerah / Tanah untuk menaik taraf gelanggang Futsal di Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan nama tempat gelanggang futsal di setiap Daerah yang telah dan belum dinaiktaraf?
37) MASALAH PEKERJA-PEKERJA LADANG NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan sehingga kini berapakah jumlah ladang dan bilangan pekerja ladang yang terpaksa dipindahkan akibat projek pembangunan sejak tahun 2005 hingga 2009 ?
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan tahap dan mutu pendidikan pekerja ladang tidak begitu memuaskan dan jarang diberi perhatian penuh oleh pihak Kementerian Pelajaran ?
-
Sila nyatakan apakah jenis bantuan dan latihan yang disalurkan oleh Kerajaan apabila seseorang pekerja ladang yang dibuang kerja dan hilang mata pencariannya ?
37) PERMOHONAN TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tanah-tanah yang telah ditukar milik daripada tanah kerajaan kepada parti-parti politik sejak tahun 2000 mengikut daerah masing-masing.
-
Nyatakan jumlah bayaran yang telah dikenakan bagi penukaran milik berkenaan dan keluasan tanah masing-masing.
