37) PROJEK PEMBANGUNAN DI KAWASAN-KAWASAN CERUN BERISIKO TINGGI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut


  1. YAB Menteri Besar Selangor telah mengumumkan pada 2 April 2008 bahawa terdapat 141 projek pembangunan yang diluluskan oleh pentadbiran yang lalu di kawasan tanah tinggi. Apakah Kerajaan Negeri menyedari bahawa amalan pemaju-pemaju ialah untuk menyerahkan semula kawasan-kawasan cerun yang berisiko tinggi kepada Pihak BerkuasaTempatan ( PBT ) untuk diwartakan sebagai "Kawasan Lapang" ? Tindakan yang licik ini adalah untuk mengelakkan daripada pihak pemaju dipertanggungjawabkan terhadap urusan keselamatan dan penyelenggaraan kawasan ini dan pertanggungjawaban ini terpaksa diambil alih oleh Kerajaan Negeri

    Klik jawapan »

  2. Mengapa Pihak BerkuasaTempatan ( PBT) seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) dan Majlis Perbandaran Selayang ( MPS ) membiarkan cerun-cerun berisiko tinggi masih bersifat cerun batuan atau cerun tanah dan tidak menggunakan kaedah "engineered slope" untuk menjamin keselamatan penduduk dan orang awam

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) untuk memastikan semua cerun-cerun mestilah berada di dalam "property boundary' bagi sesuatu projek pembangunan.

    Klik jawapan »

37) PERLAKSANAKAN JAMINAN KESELAMATAN PBT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan Negeri memberi tumpuan pemasangan 414 CCTV untuk tujuan keselamatan. Senaraikan nama kawasan yang terlibat dan jumlah CCTV tersebut mengikut PBT?

    Klik jawapan »

  2. Bilakah proses pemasangan dijangka selesai dan ia dapat berfungsi dengan sempurna?

    Klik jawapan »

  3. Apakah unit yang akan memantau penggunaan CCTV ini di peringkat PBT?

    Klik jawapan »

37) PEMBERIAN HAKMILIK TANAH (BORANG 5A) KEPADA PENDUDUK- PENDUDUK KAMPUNG CEMPAKA, PETALING JAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Meminta kerajaan memberi senarai nama pemohon-pemohon dari Kampung Cempaka, Petaling Jaya yang telah diberi hakmilik tanah melalui Borang 5A yang telah diluluskan oleh kerajaan Selangor bermula tahun 2008 hingga sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Berapa ramai pula pemohon yang masih belum diproses atau sedang diproses? Sila beri senarai dan status permohonan terkini.

    Klik jawapan »

38) PENGURUSAN AIR DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Sejauh manakah perundingan mengenai pengurusan air di Selangor ini mendapatkan kerjasama dari Kerajaan Persekutuan ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah halangan-halangan yang telah diletakkan oleh Kerajaan Pusat untuk membolehkan syarikat kroni mereka terus menindas rakyat Selangor untuk kepentingan saku-saku mereka ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah-langkah seterusnya yang akan di ambil oleh Kerajaan Selangor bagi memastikan kes penguasaan air di Selangor ini dapat dimanfaatkan bagi kepentingan dan keselesaan rakyat Selangor sendiri ?

    Klik jawapan »

38) AIR PERCUMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Dalam program pemberian air percuma 11 meter padu kepada setiap bacaan meter individu di Negeri Selangor, Kerajaan telah berbelanja sebanyak lebih kurang 12 juta setahun: Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan bagi menampung kos yang tinggi ini?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana pula dengan rungutan banyak pihak yang menggunakan meter pukal sehingga kini hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat menikmati sistem kupon.

    Klik jawapan »

38) PUSAT KOMUNITI WANITA

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Antara program pemberdayaan wanita yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri adalah mewujudkan Pusat Komuniti Wanita. Apakah matlamat dan sasaran yang hendak dicapai oleh kerajaan dalam melaksanakan program ini?

    Klik jawapan »

  2. Berapa banyakkah terdapat pusat-pusat seperti ini di seluruh Negeri Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam mewujudkan pusat-pusat ini?

    Klik jawapan »

38) PERUMAHAN MISKIN BANDAR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Perumahan Miskin Bandar yang terdapat di dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan raya Umum ke-13. Bilakah Perumahan Miskin Bandar tersebut boleh dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Sejauh mana peruntukan tersebut untuk DUN-DUN lainnya?

    Klik jawapan »

38) PEMILIHAN AHLI MAJLIS MELALUI PILIHANRAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Kerajaan bercadang untuk mengadakan pemilihan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui cara pilihanraya. Adakah kerajaan sudah menyediakan draf pelaksanaannya dan bilakah ianya akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Sila lampirkan draf pelaksanaan pemilihan Ahli Majlis melalui pilihanraya.

    Klik jawapan »

38) KONTROVERSI LADANG BABI MODEN DI KG. TUMBUK

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut


  1. Laporan sesetengah organisasi media berkaitan pembangunan ladang babi moden di Kampung Tumbuk dikhuatiri tidak mencerminkan situasi sebenar dan mungkin telah menjejaskan imej kerajaan negeri Selangor. Sila jelaskan keadaan sebenar projek terbabit kepada dewan

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah kerajaan negeri yang telah dan akan diambil untuk menjelaskan kekeliruan (jika ada) yang muncul kepada masyarakat akibat laporan-Iaporan media yang telah mencemarkan imej kerajaan negeri?

    Klik jawapan »

  3. Adakah, kerajaan negeri bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana organisasi media yang telah melaporkan secara salah hal pembangunan ladang babi tersebut?

    Klik jawapan »

38) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan jenis dan projek pelaburan yang di laksana oleh PNSB dan anak syarikat di bawahnya?

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan perolehan dan keuntungan bersih PNSB dan anak syarikat pada tahun 2008 hingga 2013?

    Klik jawapan »