37) PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PEBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah perlantikan PeBT akan dibuat bagi penggal ini? Nyatakan penggal baru dan tempoh setiap penggal bagi PeBT.
-
Bagaimana pendekatan PeBT dalam pembangunan golongan belia di Zon yang diwakili?
-
Apa kaitan Selangor Youth Community dengan program belia Kerajaan Negeri Selangor?
37) GUGUSAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk memartabatkan Daerah Gombak sebagai gugusan pendidikan sebagaimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 ?
37) PEMUTIHAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kilang haram yang belum dan telah diputihkan mengikut pecahan daerah daripada tahun 2010-2012?
-
Apakah polisi kerajaan sekiranya sesuatu kilang haram hendak diputihkan?
-
Adakah kerajaan menetapkan tempoh masa untuk kempen pemutihan kilang haram serta apakah langkah-langkah kerajaan negeri bagi memantau aktiviti pembinaan kilang haram?
37) PEKERJA ASING DI DUN BALAKONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pekerja asing yang bekerja di kawasan DUN Balakong sejak tahun 2008 hingga 2010?
-
Berapakah anggaran jumlah pekerja asing haram yang masih bekerja pada ketika ini dan dari negara manakah datangnya mereka ini?
-
Apakah langkah-langkah jabatan-jabatan kerajaan bagi mengawal tingkah-laku pekerja asing ini memandangkan pelbagai masalah sosial yang telah ditimbulkan oleh mereka?
37) PELABURAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi bagi setengah tahun yang pertama 2017 secara perbandingan dengan negeri-negeri lain?
-
Sila nyatakan apakah sasaran pelaburan Negeri Selangor tahun 2017?
-
Apakah pendekatan proaktif yang diambil bagi menarik lebih banyak pelaburan ke Negeri Selangor?
37) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan projek-projek yang sedang dijalankan oleh pihak PKPS bagi memajukan sektor pertanian di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ? Sila berikan butir-butir
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini dan prestasi pencapaian ladangladang kelapa sawit milik PKPS ?
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai prestasi pencapaian terkini anakanak syarikat milik PKPS ? Sila berikan butir-butir
37) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai perkembangan terkini projek-projek yang telah dilaksanakan melalui Geran Selangorku ?
-
Sila nyatakan apakah kelebihan dan kelemahan perlaksanaan sesuatu projek melalui Geran Selangorku dan kaedah Ðkaedah penambahbaikan yang telah dikenal pasti ?
-
Sila perjelaskan berapakah peratus penjimatan kos keseluruhan projek yang dilaksanakan melalui Projek Geran Selangorku dan bagaimanakah hasil kualiti serta keberkesanannya ?
37) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Setelah Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk pembangunan kampung baru Cina? Sila nyatakan dalam bentuk pecahan
-
Apakah masalah pembangunan yang dihadapi oleh kampung baru Cina ini?
-
Apakah rancangan kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?
37) PENCEMARAN SUNGAI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Sungai yang sedia ada perlu dijaga dan mewariskannya kepada generasi akan datang, khususnya dari kawasan Kampung Asahan ke Kuala Sungai Selangor. Sedarkah Kerajaan Negeri berlakunya hakisan tebing sungai dan penceramaran akibat daripada penerokaan/pembersihan tanah termasuk sampah sarap turun naik mengikut arus pasang surut?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi permasalahan tersebut?
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan mengambil tindakan supaya tidak terjejas aktiviti nelayan sungai dan pelancongan Kelip- Kelip di Kuala Selangor?
37) JALAN KELUAR ALTERNATIF KAMPUNG SRI INDAH A
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Dewan pernah diberitahu bahawa jalan keluar alternatif tersebut akan dibina di bawah RMK-11. Apakah status projek tersebut?
-
Bilakah jangkaan projek tersebut akan dimulakan?
