40) KECURIAN PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah dan keluasan lombong pasir yang berdaftar serta jumlah aduan kecurian atau perlombongan pasir haram dengan pecahan mengikut daerah
40) GAJI MINIMUM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kepada agensi manakah ianya dilaksanakan?
-
Bagaimana dengan institusi yang lain yang masih tidak melaksanakan penyelarasan ini, apakah bentuk bantuan kerajaan dalam menanganinya?
40) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk SMUE dari tahun 2008 hingga 2013?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi kelewatan pemberian baki sumbangan RM1,500-00 di mana ada pemohon masih belum dapat menerimanya selepas 7 bulan?
40) MENANGANI GEJALA SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk menangani gejala sosial khususnya di kawasan bandar?
-
Apakah terdapat kajian pembangunan insan dan sosial bagi mengukuhkan institusi masyarakat dan keluarga di Negeri ini?
-
Apakah terdapat peruntukan khas bagi pengusaha persendirian dan NGO bagi membantu menangani isu ini? Berapakah jumlahnya?
40) PEMUDAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil-hasil kajian yang Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) Selangor dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam dalam membantu sektor perniagaan di Selangor?
40) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK MASJID/SURAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apa kah kriteria-kriteria yang di guna pakai æuntuk menetukan masjid/surau/institusi agama yang manakah yang æakan di salurkan peruntukan untuk penyelengaraan/naik taraf dari MBI ?
40) PELUANG PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh jabatan kerajaan dan GLC negeri?
-
Nyatakan statistik jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak industri di Selangor?
-
Nyatakan statistik graduan anak Selangor yang masih menganggur mengikut Parlimen?
40) KAMPUNG BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapakah jumlah Kampung Baru dan kawasan Kampung Bagan yang telah mendapat geran tanah?
-
Bagaimana proses dan tempoh untuk mendapatkan geran-geran tanah tersebut?
-
Apakah program-program khusus yang dilakukan di kampung-kampung baru bagi memastikan penduduknya bersama dengan aspirasi kerajaan?
40) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
-
Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung mempunyai penduduk hampir 35,000 orang, terdiri daripada beberapa Taman disekitarnya seperti Prima Beruntung, Taman Bunga Raya, Taman Widuri, Taman Bakawali, Taman Kesumba dan lain-lain lagi. Setiap hari penduduk taman-taman ini akan berurusan ke Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Namun begitu, penduduk ini menghadapi masalah mengakutan awam, sama ada teksi atau bas sebagai pengangkutan awam di kawasan ini. Jarak antara taman ini ke Pusat bandar sekitar Ð 8 km hingga 10 km. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangkutan awam sebagai kemudahan penduduk di sini untuk urusan harian mereka ?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan seperti bas awam sebagai pengangkutan dalaman di kawasan tersebut ?
40) FUNGSI MAIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan MAIS selepas pemerkasaan tahun 2005 dan apakah kesannya yang boleh dilihat sama ada dari sudut positif atau sebaliknya
-
Berapakah jumlah perbandingan ajaran sesat dan kes murtad yang telah dilaporkan di negeri Selangor dan di negeri-negeri lain dan apakah tindakan MAIS, JAIS dan Jabatan Mufti bagi menangani kes-kes ini dan gejala-gejala sosial yang lain?
-
Apakah tindakan MAIS, JAIS dan Jabatan Mufti bagi memperbetulkan tindakan golongan-golongan tertentu yang mengakibatkan salah tanggap masyarakat berkaitan dengan hal ehwal agama Islam seperti Jenayah Hudud dan Qisas, Negara Islam, Jihad dan lain-lain
