40) SUNGAI KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis


  1. Pada 16 Mac 2009, YAB Menteri Besar mengumumkan peruntukan sebanyak RM 10 billion bagi kos pembersihan dan pemulihan Sungai Klang yang akan selesai dalam masa dua tahun. Bilakah projek ini akan bermula?

    Klik jawapan »

  2. Dari manakah Kerajaan Negeri akan memperoleh pembiayaan kewangan sebanyak RM 10 bilion tersebut.?

    Klik jawapan »

  3. Apakah Kerajaan Negeri berkemampuan membelanjakan RM 10 bilion hanya untuk projek membersihkan sungai?

    Klik jawapan »

40) PROGRAM HIJRAH PAYA JARAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah penerima bantuan perniagaan Hijrah bagi DUN Paya Jaras sehingga hari ini?

    Klik jawapan »

  2. Siapakah nama-nama, nombor kad pengenalan, alamat dan apakah nombor telefon penerima bagi DUN Paya Jaras?

    Klik jawapan »

  3. Bolehkah senarai tersebut dihantar ke pejabat ADUN dalam bentuk ÒsoftcopyÓ?

    Klik jawapan »

40) PENUKARAN TANAH BERSTATUS LEASEHOLD

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kriteria yang diguna pakai untuk penukaran tanah berstatus "leasehold" kepada "freehold'?

    Klik jawapan »

  2. Apakah proses yang terlibat untuk permohonan bersifat (a)?

    Klik jawapan »

  3. Sila senaraikan permohonan bersifat (a) yang telah diluluskan sejak tahun 2008 sehingga 2010.

    Klik jawapan »

40) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri masih belum berjaya mengambil alih pengurusan air negeri dari operator swasta. Nyatakan kronologi dan kos diperlukan untuk pengambilalihan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut?

    Klik jawapan »

  3. Adakah mekanisme dan harapan untuk menyelesaikan pengambilalihan ini?

    Klik jawapan »

40) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI DALAM KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut


  1. Terdapat banyak lokasi telah dijadikan tempat pembuangan sampah haram di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Kajang oleh pihak individu, peniaga-peniaga, kontraktor binaan dan pelupusan sampah. Apakah usaha ataupun rancangan jangka panjang kerajaan negeri dan pihak PBT dalam menangani masalah ini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca sebenar pembuangan sampah haram ini berlaku ?

    Klik jawapan »

  3. Apakah usaha pihak PBT untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di Pekan Batu 14 Hulu Langat, Pekan Batu 18 Hulu Langat, Jalan Sungai Tekali (berhampiran Taman Titiwangsa), Batu 15 Jalan Hulu Langat (Bukit Kundang), Hadapan Flat Cheras Awana, Jalan Ampang Hulu Langat, Hadapan Kondominium Green Acre Bandar Sg. Long dan Hadapan Kondominium Cypress Bandar Sg. Long ?

    Klik jawapan »

40) MENANGANI GEJALA SOSIAL

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk menangani gejala sosial khususnya di kawasan bandar?

  2. Apakah terdapat kajian pembangunan insan dan sosial bagi mengukuhkan institusi masyarakat dan keluarga di Negeri ini?

  3. Apakah terdapat peruntukan khas bagi pengusaha persendirian dan NGO bagi membantu menangani isu ini? Berapakah jumlahnya?

40) PROGRAM BAS PERCUMA SMART SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Berapa jumlah perbelanjaan yang dijangka akan dikeluarkan hingga hujung 2016?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi jumlah bas terutama bagi menyambung lebih jajaran hingga ke pedalaman luar bandar?

    Klik jawapan »

40) TABUNG PESAKIT KRONIK SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah terdapat tabungan untuk membantu pesakit kronik yang tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan menetapkan sebarang nilai siling untuk rawatan susulan bagi pesakit kronik?

    Klik jawapan »

40) GAJI MINIMUM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Kepada agensi manakah ianya dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimana dengan institusi yang lain yang masih tidak melaksanakan penyelarasan ini, apakah bentuk bantuan kerajaan dalam menanganinya?

    Klik jawapan »

40) PERUNTUKAN TEBATAN BANJIR DUN RAWANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jumlah peruntukan untuk perancangan tebatan banjir di DUN Rawang dan skop kerja serta tempoh pelaksanaan.

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang diluluskan untuk membersihkan sungai- sungai serta sistem pengaliran dalam DUN Rawang bagi tahun 2014-2016?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peruntukan khas untuk menghijaukan tebing sungai sebagai tempat rekreasi di samping melindungi rizab sungai dan sungai?

    Klik jawapan »