41) Projek Tebatan Banjir Meru Di Dalam Budget 2020
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah projek-projek yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah banjir seperti yang dibentangkan di dalam budget 2020?
-
Berapakah peruntukan sebenar kepada Meru di dalam budget tersebut?
41) PEMBELAAN GOLONGAN PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan dasar atau/ dan program yang khusus demi membela kaum pekerja yang
dipercayai sedang, telah atau akan dianiaya majikan? -
Adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan program Institut Pemberdayaan Pekerja?
-
Adakah Kerajaan akan meneruskan Jawatankuasa Tindakan Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja di Negeri Selangor yang ditubuhkan pada 30 Jan 2009?
41) PERLAKSANAAN GST OLEH KERAJAAN PUSAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan GST kepada Pihak Berkuasa Tempatan?
-
Senaraikan jumlah bayaran GST yang dikehendaki dibayar oleh PBT. Senaraikan bayaran mengikut PBT Negeri Selangor
41) BANJIR DI KAMPUNG BARU SG. BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah -langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah banjir Kg. Baru Sg.Buloh ini secara keseluruhan?
-
Berapakah bajet yang akan diperuntukkan untuk kerja tersebut.
-
Adakah Kerajaan Negeri membuat kajian menyeluruh sistem longkang,sungai dan perparitan di Kg. Baru Sg.Buloh dan bagaimanakah penyelesaian banjir dapat diselaraskan dengan isu kilang haram.
41) MASALAH PENGUATKUASAAN TONG SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap premis perniagaan yang beroperasi tanpa tong sampah?
-
Mampukah Kerajaan Negeri membekalkan tong sampah kepada Majlis Perbandaran yang tidak mempunyai bajet?
41) PENDIDIKAN PRA-SEKOLAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan negeri dalam memastikan anak-anak Selangor mendapat pendidikan awal sekolah yang berkualiti? Berapakah yang diperuntukkan untuk pendidikan pra-sekolah?
-
Nyatakan program pendidikan pra-sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan negeri dan pusat di Selangor
41) PRESTASI PERBELANJAAN BAJET 2016
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi semasa perbelanjaan Bajet 2016 berdasarkan portfolio EXCO
-
Nyatakan prestasi semasa perbelanjaan Bajet 2016 berdasarkan jabatan & agensi
-
Nyatakan prestasi semasa perbelanjaan Bajet 2016 berdasarkan program
41) HAK MILIK TANAH UNTUK TAMAN MAWAR, AMPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Bilakah hak milik tanah tersebut disediakan?
-
Apakah masalah-masalah dalam proses permohonan hak milik tanah untuk Taman Mawar?
-
Langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah tersebut.
41) SUMBANGAN KEPADA PRA-SEKOLAH “PRE-SCHOOL” (KERAJAAN DAN SWASTA) DI DUN KOTA DAMANSARA N39 OLEH KERAJAAN NEGERI SERTA AGENSI KERAJAAN (MBI DAN LAIN-LAIN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah nama penuh, alamat serta nombor (pejabat atau lain-lain) Pra-Sekolah tersebut untuk rujukan?
-
Berapa sumbangan yang telah dan akan diberikan kepada Pra-Sekolah di N39 untuk tahun ini dan 5 tahun yang lepas (2014-2018)?
-
Untuk apakah dan bila (jika ada) sumbangan tersebut diberikan ?
41) STATUS JALAN BATA, KG. SUNGAI PELONG, MUKIM SUNGAI BULOH 1,DAERAH GOMBAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status jalan tersebut?
-
Adakah kerajaan akan menyelenggara jalan tersebut kerana laluan orang ramai?
