41) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Senaraikan peruntukkan kewangan yang diluluskan untuk membangunkan dan mempergiatkan industri kecil dan sederhana (IKS) setakat Jun 2011.
-
Senaraikan projek-projek IKS yang Berjaya dilaksanakan setakat Jun 2011. Sila berikan butiran peruntukkan berkenaan
41) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014 (TMM 2014)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ketibaan pelancong di negeri Selangor bersempena TMM 2014?
-
Senaraikan zon dan produk pelancongan sedia ada?
-
Apakah kerajaan negeri ada mewujudkan zon dan produk pelancongan yang baru di negeri Selangor?
41) PEMBERIAN BAUCAR AIR PERCUMA KEPADA PANGSAPURI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah atau nilai baucar air yang telah diberi kepada pangsapuri di Selangor. Sila senaraikan pangsapuri di bawah MPAJ yang dapat baucar air mengikut DUN.
-
Apakah sistem pemantauan yang ada untuk memastikan baucer tersebut tidak disalahgunakan?
-
Siapakah yang menerima baucar? Penduduk, JMB atau persatuan? Kenapa?
41) CSR MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Sumber pendapatan baharu negeri adalah daripada keuntungan operasi GLC-GLC yang di urus oleh MBI. Di segi peraturan adalah pendapatan ini mesti dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri atau boleh digunakan terus oleh MBI atas nama CSR?
41) PRESTASI KEWANGAN KERAJAAN NEGERI TAHUN 2019
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status prestasi kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019?
41) ISU I-CITY
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Bayaran masuk ke I-City telah dikenakan kepada pelawat sebanyak RM1. Mengapakah kerajaan negeri tidak mengekalkan lawatan percuma kepada pelawat selaras dengan slogan kerajaan negeri sebagai negeri berkebajikan?
-
Parkir kereta pelawat di bahu Ð bahu jalan ke I-City menyebabkan masalah trafik yang teruk. Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini di samping mengelakkan kemalangan antara pelawat Ð pelawat?
41) ISU PEMBINAAN HOSTEL DI KAWASAN RUMAH KEDIAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Kegiatan mengubahsuai kediaman untuk dijadikan hostel di kawasan perumahan semakin kerap terjadi. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memantau isu ini dan apakah tindakan efektif yang diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap pemilik rumah bagi membanteras isu ini?
41) PREMIUM TANAH ORGANISASI BUKAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi mambantu organisasiorganisasi bukan kerajaan yang tidak mampu membayar premium tanah organisasi mereka yang tinggi.
-
Nyatakan organisasi-organisasi bukan kerajaan yang telah mendapat pengurangan premium tanah demi pembangunan masyarakat sejak tahun 2015
-
Adakah Kerajaan Negeri menerima surat rayuan Persatuan Hai San, Bagan Sungai Besar kerana tidak mampu membayar premium tanah sebanyak RM554,496.00? Jika ya, nyatakan tindakan yang telah ambil
41) HAK-HAK ASASI HAIWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Berapa kakitangan PBT digunakan untuk menjaga tempat-tempat simpanan / 'pound' anjing?
-
Berapakah tempat-tempat simpanan ini di PBT-PBT dalam Negeri Selangor yang dikendalikan oleh: i) pihak kerajaan; dan ii) pihak organisasi bukan kerajaan (NGO)
-
Apakah amaun pembiayaan / 'funding' yang diberikan kepada pengendali NGO dan adakah kerajaan negeri akan mempertimbangkan pemberian tanah untuk lebih tempattempat simpanan / 'pound' anjing oleh pihak NGO?
41) SPIES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senarai program-program di bawah SPIES yang telah dijalankan pada tahun 2009 dan setakat manakah peruntukan untuk SPIES telah dibelanjakan pada tahun 2009.
-
Apakah kesan-kesan positif yang dapat dikesan oleh Kerajaan Negeri selepas pelaksanaan program SPIES terhadap kakitangan awam Selangor?
