41) HOMESTAY
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah lokasi program homestay di Selangor sehingga Jun 2012?
-
Berapa jumlah pelancong yang menginap di homestay Selangor mengikut tahun 2009, 2010, 2011?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mengembang dan menggalakkan industri ini?
41) INDUSTRI AERO ANGKASA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan kepada Industri Aero angkasa, apakah usaha kerajaan untuk memperlengkapkan tenaga kerja atau pelatih dalam industri ini?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi pengambilan tenaga manusia dikalangan golongan muda yang keciciran?
-
Apakah bentuk latihan kemahiran yg ditawarkan?
41) Projek Tebatan Banjir Meru Di Dalam Budget 2020
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah projek-projek yang telah dijalankan bagi mengatasi masalah banjir seperti yang dibentangkan di dalam budget 2020?
-
Berapakah peruntukan sebenar kepada Meru di dalam budget tersebut?
41) PEMBELAAN GOLONGAN PEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan dasar atau/ dan program yang khusus demi membela kaum pekerja yang
dipercayai sedang, telah atau akan dianiaya majikan? -
Adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan program Institut Pemberdayaan Pekerja?
-
Adakah Kerajaan akan meneruskan Jawatankuasa Tindakan Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja di Negeri Selangor yang ditubuhkan pada 30 Jan 2009?
41) HAK MILIK TANAH UNTUK TAMAN MAWAR, AMPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Bilakah hak milik tanah tersebut disediakan?
-
Apakah masalah-masalah dalam proses permohonan hak milik tanah untuk Taman Mawar?
-
Langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah tersebut.
41) PENSTRUKTURAN SEMULA AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah status penstrukturan semula industri air Selangor berkenaan dengan penilaian bebas terhadap nilai syarikat SPLASH?
-
Apakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Selangor akibat daripada sebarang kelewatan dalam perkara ini?
41) BILANGAN SURVEY OFFICER (S.O) DI SETIAP PTD
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah Survey Officer (S.O) mengikut Bahagian di setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) di Negeri Selangor daripada tahun 2007-2011.
-
Apakah dasar yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi menentukan keperluan S.O di setiap PTD?
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan bilangan S.O di PTD adalah sentiasa mencukupi bagi menampung kerja pemprosesan tanah yang meningkat?
41) CUKAI TAKSIRAN DALAM KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan kadar jumlah kenaikan cukai taksiran mengikut jenis-jenis premis pemilikan harta dalam Kawasan PBT dalam tahun 2009 dan 2010.
-
Apakah asas-asas dan rasionalnya cukai taksiran dinaikkan?
41) INDUSTRI PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Berapakah pendapatan hasil pasir negeri dari tahun 2005 hingga 2012 dengan pecahan mengikut daerah?
-
Sejauh manakah permintaan hasil pasir untuk sektor pembinaan dan lain-lain?
-
Nyatakan statistik operasi, tangkapan, sitaan, dakwaan dan hasil pasir yang dirampas dari aktiviti pencurian pasir mengikut daerah dari 2008 - 2012?
41) KAMPUNG MELAYU TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadikan Kampung Sri Indah B sebagai Kampung Melayu tradisi?
-
Apakah enakmen yang melibatkan kewujudan Kampung Melayu ini?
