47) PASIR PROJEK HORAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci kaedah pengurusan pasir dari projek HORAS?
-
Nyatakan jumlah hasil jualan pasir dari projek HORAS?
47) PEMERIKSAAN MAMMOGRAM PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status program Pemeriksaan Mammogram Percuma untuk wanita di negeri Selangor dari segi bilangan yang sudah membuat pemeriksaan mengikut DUN?
-
Apakah program lain yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi memberi kesedaran tentang pencegahan penyakit barah payudara di Selangor?
47) TAPAK PERKUBURAN CINATANJUNG SEPAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Urusan permohonan tapak baru perkuburan Cina Tanjung Sepat telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Apakah perkembangan terkini permohonan?
-
Bilakah ia akan diluluskan?
47) PERKHIDMATAN WIFI PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar kerajaan Negeri terhadap Perkhidmatan WIFI untuk seluruh Selangor?
-
Berapakah peruntukkan yang akan dibelanjakan serta bilakah Perkhidmatan WIFI akan diberikan secara percuma bagi seluruh Negeri?
47) PERUNTUKAN KAWASAN DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan secara terperinci dengan bertulis kegunaan peruntukan di kawasan DUN yang ADUNnya terdiri daripada wakil Barisan Nasional dan khususnya bagi DUN Sungai Pelek.
47) CUTI BERSALIN & KEMATIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada melaksanakan cuti bersalin 90 hari, 15 hari untuk suami dan sebulan untuk kematian suami berdasarkan manifesto Pakatan. Apakah status pelaksanaannya?
-
Nyatakan jumlah mereka yang telah menikmati cuti-cuti berkenaan?
-
Apakah manfaat yang dapat dilihat hasil pelaksanaannya?
47) Peluang Pekerjaan Negeri Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif yang Kerajaan Negeri bakal lakukan bagi mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan lebih-lebih lagi disebabkan oleh pendemik yang membataskan pergerakan dan pengambilan baru untuk bekerja
47) RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT BERTARAF DUNIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan memaklumkan kepada ADUN Bangi bahawa Kerajaan Negeri dengan kerjasama PKNS akan memulakan projek perumahan mampu milik oleh rakyat bertaraf dunia di Bangi. Apakah maksud dan konsep rumah mampu milik oleh rakyat berpendapatan rendah bertaraf dunia itu?
-
Bilakah projek ini akan dijalankan di Bandar Baru Bangi?
-
Berapakah jangkaan harga bagi satu unit rumah mampu milik bertaraf dunia ini?
47) PENYELENGGARAAN TASIK COVA
Tahun:
Sesi:
Isu: infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Apakah punca sebenar atau utama yang menyebabkan kelewatan penyelenggaraan Tasik Cova?
-
Apa tindakan sekarang oleh Kerajaan agar aktiviti penyelenggaraan dapat dijalankan?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan bahawa penyelenggaraan dapat berterusan untuk tempoh jangka masa panjang?
47) KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Terdapat kes di mana keselamatan nelayan di persisir pantai negeri Selangor terancam. Apakah keadaan dan faktor sebenar yang telah mengancam para nelayan?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk memastikan keselamatan nelayan kita terpelihara?
-
Apakah bentuk bantuan kebajikan kepada keluarga nelayan yang mendapat kesusahan?
