5) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan kilang-kilang yang telah dikenal pasti sebagai kilang haram
-
Senaraikan kilang-kilang haram dan status setiap satu terhadap pencapaian Program Pemutihan Kilang Haram sepanjang 2010 hingga 2014
-
Apakah faktor-faktor utama kilang-kilang haram ini tidak berjaya untuk diputihkan?
5) SISTEM E-WALLET UNTUK PENYALURAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk membangunkan sistem E-Wallet untuk tujuan penyaluran Bantuan Kerajaan Negeri seperti KISS dan Skim Peduli Sihat?
5) ZXCZXC
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Super Admin
Kategori:
-
Zxc
-
Zxc
-
Xzc
5) TANAH PERKUBURAN ORANG ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bilakah tanah perkuburan tersebut akan siap dan boleh digunakan?
-
Siapakah yang akan menguruskannya?
5) PUSAT PEMINDAHAN SISA PEPEJAL DI BAWAH WORLDWIDE HOLDING BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status semasa Pusat Pemindahan Sisa Pepejal di Seksyen 21 Shah Alam?
-
Berapakah jumlah kos yang ditanggung oleh Worldwide Holding Berhad sepanjang tempoh pusat tersebut tidak beroperasi?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan operasi pusat tersebut dapat berjalan lancar dan terus berdaya saing?
5) AHLI DEWAN NEGERI PEMBANGKANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi penggunaan peruntukan Ahli-Ahli Dewan Negeri Pembangkang yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri setakat kini?
5) BUKIT BERUNTUNG GOLF & COUNTRY RESORT BERHAD (BBGC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lembaga pengarah, pemegang saham dan pengurusan BBCG?
-
Siapakah pemilik tanah operasi BBGC?
-
Apakah status semasa Syarikat Berhad ini?
5) INFRASTRUKTUR KAMPUNG KOMUNITI INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan rancangan untuk menyelesaikan isu-isu infrastruktur dan masalah perkampungan yang tidak mempunyai perancangan teratur di kawasan kampung masyarakat India.
-
Adakah satu peruntukan khas seperti kampung tradisi dan kampung baru akan wujud untuk menyelesaikan masalah infrastruktur kampung masyarakat India?
5) KADAR FAEDAH PROGRAM HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah kelebihan program Hijrah yang mengenakan bayaran faedah sebanyak 8% berbanding dengan pinjaman-pinjaman untuk sektor IKS/SME yang ditawarkan oleh bank-bank komersial yang mengenakan faedah sekitar 4~5% dengan kemudahan reducing rate?
5) SISTEM PENGANGKUTAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Kenaikan harga minyak petrol telah meningkatkan kebergantungan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam. Apakah perancangan kerajaan untuk meningkatkan keefisienan sistem pengangkutan awam di negeri Selangor supaya lebih senang diakses oleh orang ramai?
-
Apakah agensi-agensi yang terlibat dalam meluluskan kemasukan bas ke taman-taman perumahan dan apakah syarat-syarat yang dikenakan?
